Wednesday, 29 April 2015
Tuesday, 28 April 2015
Wednesday, 22 April 2015
Bagaimana nak bezakan hadis soheh dgn hadis palsu
wa’alaikumusalam….azzizul,
jawapan, untuk mengenali hadis shahih mahu pun dhaif adalah satu perkara yg sangat rumit untuk diterangkan melainkan jika kita bersedia untuk korbankan masa bagi mempelajari setiap perincian mengenai ilmu hadis, yg biasanya dilalui oleh setiap pelajar2 madrasah yg sedang menduduki pengajian islam ( alim ) sepenuhnya.
untuk itu, kebiasaannya asas utama sebelum seseorang itu menduduki pengajian hadis, adalah sangat2 wajib ia memahami beberapa cabang ilmu yg penting seperti bahasa arab, faqeh dalam ilmu sorof, nahu dan balaghah.
dan dari sudut keuntungannya pula bilamana seseorang itu faqeh dalam ilmu hadis, maka dengan mudah ia mengenali yg mana hadis shahih atau pun dhaif, dan yg mana pula hadis perintah mahu pun perkhabaran.
kerana setiap hadis yg datang dari Nabi s.a.w atau pun sahabat itu mempunyai maksud yg tersendiri, dan maksud tersebut tidak boleh difahami dengan hanya kita memahami bahasa arab sahaja, sebagaimana yg berlaku hari ini ramai dikalangan yg faseh berbahasa arab mentafsirkan hadis2 Nabi dengan menggunakan akal fikiran mereka, sedangkan kefahaman tersebut hanya akan didapati melalui kesempurnaan pengajian ilmu hadis itu sendiri.
namun sebagai jawapan dari sudut ilmiah, saya akan terangkan serba sedikit tentang pengenalan hadis shahih dan dhaif ini..
azzizul, asal bagi pembahagian hadis ialah 3 bahagian:
1.shahih.
2.hassan.
3.dhaif.
shahih ialah darjat yg paling tinggi, dhaif ialah darjat yg paling rendah, dan hassan pula adalah darjat pertengahan. dan keseluruhan istilah ilmu hadis seperti marfu’, maqtu’, mauquf, muttasil, mu’allaq, syaz, mungkar, mu’allal, dan lain2nya termasuklah dalam 3 ketegori ini.
shahih bermaksud, ialah hadis yg sabit dengan riwayat seseorang yg adil dengan sempurna dan sebagainya, hadis itu tidak mu’allal dan tidak pula syaz, jika sifat2 ini didapati secara kamal ( pada rawi ) dan sempurna maka hadis itu dinamakan hadis shahih li zatihi. dan jika terdapat kekurangan dan didapati sesuatu yg boleh menampung kekurangan tersebut, seumpama hadis tersebut banyak turuq, maka hadis tersebut dinamakan hadis shahih li ghairihi. ( oleh itu hadis shahih li ghairihi asalnya ialah hadis hassan li lizatihi ). jika tidak didapati sesuatu yg boleh menampung kekurangan tersebut, maka hadis itu asalnya ialah hadis hassan li zatihi.
dan hadis yg tidak dapat syarat2 yg mu’tabar pada hadis shahih, sama ada kesemuanya atau sebahagiannya ( seperti salah seorang perawi itu tidak adil dan dabtnya tidak sempurna, atau dia adil tetapi dabtnya tidak sempurna, atau pun dabtnya sempurna tetapi dia bukan seorang yg adil, maka hadis itu ialah hadis dhaif.
dan jika hadis dhaif itu mempunyai turuq yg berbilang lagi dapat menampung kelemahannya, maka ia dinamakan hadis hassan li ghairihi.
seterusnya berdasarkan daripada zahir perkataan muhaddisin, adalah harus bahawa kesemua sifat yg ada pada perawi hadis shahih itu kurang pada perawi hadis hassan, yakni zahirnya macam kesemua sifat2 yg disebutkan itu naqis. tetapi sebenarnya kekurangan itu hanyalah harus pada satu sifat sahaja yaitu kamil dabtnya sedangkan sifat2 yg lain itu tetap pada keadaannya. ( jika sifat hafazahnya kurang dan sifat yg lain masih ada, maka hadis tersebut dipanggil hadis hassan. )
keterangan :
khabar pula terbahagi kepada 3 bahagian:
1.mutawwatir.
2.masyhur.
3.khabar wahid.
dan khabar wahid pula terbahagi kepada 3 bahagian:
1.shahih.
2.hassan.
3.dhai’f.
namun walau pun disini disebut 3 jenis pembahagian tetapi secara tafsilnya terdapat 5 bahagian:
1.shahih li zatihi
2.shohih li ghairihi.
3.hassan li zatihi
4.hassan li ghairihi.
5.dhai’f.
والعدا الة ملكة في الشخص تحمله علي ملازمة التقوى والعوراد بالتقوى اجتناب الأعمال الشيئة من الشرك والفسق والبدعة وفي الاجتناب عن الصغيرة خلاف والمختار عدم اشتراطه لخروجه عن الطاقة إلا الإصرار عليها لكونه كبيرة. والمراد بالمروة التنزه عن بعض الخسائس والنقائص التي هي خلاف مقتض الهمة والمورءة مثل بعض المبا حات الدنية كالاكل والشرب في السوق والبول في الطريق وأمثال ذلك..
yg bermaksud: 'adalah adalah berkeupayaan pada diri seseorang yg membolehkannya menghindari ( berterusan ) dengan taqwa dan muru’ah. dan maksud taqwa ialah menghindari perbuatan buruk seperti syirik, fasiq dan bida’ah. dalam menghindari dosa kecil telah terdapat perbezaan pendapat. pendapat yg terpilih ialah ianya tidak disyaratkan ia terkeluar dari keupayaan manusia, melainkan berterusan dalam melakukan dosa kecil, kerana ianya akan jadi besar. dan maksud muru’ah ialah mengelakkan diri daripada perkara2 yg keji dan perkara yg boleh menjatuhkan jati diri dan maruah seperti sebahagian perkara harus yg rendah seumpama makan dan minum dipasar, atau kencing dijalanan dan sebagainya.
keterangan:
adalah ia menjadi satu kemahiran yg hebat, yg akan terhasil dengan menjaga 2 perkara yaitu taqwa dan maruah.
makna taqwa disini, sebagaimana yg dijelaskan tadi adalah menghidarikan diri daripada syirik, fasiq dan bida’ah. adapun menghidarkan diri daripada dosa besar terdapat ikhtilaf. pendapat yg mukhtar ( terpilih ) ialah tidak disyaratkan menghidarkan diri daripada dosa kecil kerana ‘ismah ( maksum ) itu hanya untuk nabi2 sahaja. ianya terkeluar daripada kemampuan manusia biasa. Nabi s.a.w sahaja yg terselamat daripada dosa kecil. tetapi janganlah berterusan dalam melakukan dosa kecil kerana ianya akan menjadi dosa besar.
لاصغيرة مع الإصرار، ولا كبيرة مع الاستعفار…
“dosa itu tidak dianggap kecil jika ia dilakukan secara berterusan, dan dosa besar itu akan terampun dengan melakukan taubat dan istighfar.
syarat taqwa,ialah menghindarkan diri dari 5 perkara:
1.kufur.
2.syirik.
3.bida’ah.
4.dosa besar.
5.berterusan dalam melakukan dosa kecil.
setiap orang yg beriman mesti mengusahakan sifat taqwa sebanyak 3 peringkat, sepertimana penerangan taqwa dalam surah al ma’idah,
ليس عل الذبن ءامنوا وعملوا الصلحت جناح فيما طعموا إذا ما اتقوا وءامنوا وعملوا الصلحت ثم اتقوا وءامنوا ثم اتقوا وأحسنوا والله يحب المحسنين.
yg bermaksud:” tidak ada dosa bagi orang2 yg beriman serta mengerjakan amal yg soleh pada apa yg telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yg soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan memperbaiki amalan mereka dan Allah s.w.t menyukai orang2 yg sedemikian.”
terdapat 3 peringkat taqwa yg diterangkan oleh ayat diatas,
1.menghindarkan diri daripada syirik jali.
2.menghindarkan diri daripada semua dosa besar.
3.menghindarkan diri daripada ma siwa Allah s.w.t ( yakni meyakini selain daripada Allah s.w.t ), dan yg terakhir ini adalah yg paling sukar.
muruwwah ( penjaga maruah ) ialah menghindarkan diri daripada semua perkara yg rendah dan hina yg bersalahan dengan sifat jati diri sebagai seorang insan dan merendahkan kedudukannya walau pun ia harus pada syara’ seperti makan direstoran. maka disisi muhaddisin, mereka yg didapati makan dihotel2 tidak akan diterima pengriwayatannya, atau pun seperti membuang air kecil ditepi jalan, walau pun ia mubah ( harus ) tetapi ia tidak mahmud ( dipuji ).
ingin menjadi seorang insan pun satu perkera yg sukar, apatah lagi menjadi seorang muslim yg mukmin. Allah s.w.t menjadikan insan sebagai sebaik baik makhluk,
لقد خلقنا الإ نسان في أحسن تقويم..
yg bermaksud:” sesungguhnya Allah menciptakan insan itu adalah sebaik baik makhluk.”
jika manusia menyedari syarafah ( kemuliaan ) seorang insan maka dia tidak akan berbohong walau pun dia seorang kafir.
( adl ur-riwayah dan us-syahadah.)
وينبغى أن يعلم أن عدل الرواية أعم من عدل الشهادة فإن عدل الشهادة مخصوص بالحر وعدل الرواية يشتمل الحر والعبد والعمراد بالضبط حفظ المسموع وتثبيته من الفوات والاختلال بحيث يتمكن من استحضاره وهو قسمان ضبط الصدر وضبط الكتاب. فضبط الصدر بحفظ القلب ووعيه وضبط الكتاب بصيانته عنده إلى وقت الأداء..
adalah penting untuk diketahui bahawa adl ur riwayah ( adil dari sudut meriwayatkan hadis ) lebih umum daripada adl us syahadah ( adil daripada menjadi saksi di mahkamah ), adl us syahadah dikhususkan kepada orang yg merdeka, sementara adl ur riwayah merangkumi merdeka dan hamba.
dan maksud dabt ialah dapat menghafal sesuatu yg didengar dan memeliharanya dari terlupa dan bercampur aduk. dari sudut dia ( rawi ) mampu menghadirkannya ( yakni sewaktu dia ingin menyampaikan hafalannya ) dan dabt ul kitab ( tulisan kitab), dan dabt terbahagi kepada 2 bahaian: pertama, dabt us sadr ( ingatan dihati ), dan dabt ul kitab ( tulisan pada kitab ). dabt us sadr ialah dengan hafalan hati dan memahaminya, dan dabt ul kitab ialah memeliharanya disisinya sehingga waktu beliau menyampaikan hadis tersebut.
keterangan:
berdasarkan keterangan ini seorang hamba boleh diterima periwayatannya apabila dia seorang yg adil lagi kuat hafalannya.
dabt terbahagi kepada 2: dabt bi as sadr dan dabt bil kitab. dabt bi as sadr ialah dia menghafal apa yg dia dengarinya itu dan memeliharanya daripada terlupa dan bercampur aduk seperti berlakunya taqdim dan ta’khir pada lafaz2 yg didengarinya. janganlah sampai ia terlupa apa yg dia hafalnya itu, bahkan sebagaimana yg dia dengar seperti itulah yg dia hafal, dia juga mampu mengistihdharkan (menghadirkan) apa yg dia hafalnya itu apa bila ingin memberitahunya kepada orang secara spontan dan memahaminya.
dan dabt bil kitab pula, ialah dia menulis dan menyimpannya ditempat yg tidak selamat seperti dirumah kawannya, maka dabt nya tidak akan diterima dan periwayatannya ditolak.
terdapat satu kisah seorang pelajar yg bijak, yg mana ia mampu menghafal seluruh al quran selama setahun, dan melakukan syahadah beberapa bulan selepasnya, didalam syahadahnya tidak ada satu kecacatan pun dari sudut bacaan, hafalan dan sebagainya. namun setelah diminta guru2 nya memberi komen, maka gurunya berkata pelajar ini membacanya dengan hafalan tapi bukan dengan hati, begitu jugalah kisah hadrat syaikh menghafal seluruh al quran setiap hari selama 6 bulan, setelah selesai menghafal al quran selama 6 bulan, syaikh dikatakan al quran seolah olah berada dihadapannya.
seterus berkaitan dengan ‘adalah, maka kritikan2 yg bersangkut paut dengannya ada 5:
1.kazib.
2.ittiham bil kazib.
3.fisq.
4.jahalah.
5.bida’ah.
yg dimaksudkan dengan pendustaan rawi ialah sabit pendustaannya pada hadis Nabi s.a.w sama ada dengan ikrar pendusta itu sendiri atau dengan tanda2 yg lain. hadis yg diriwayatkan oleh perawi yg dikritik berdusta di namakan hadis maudu’, sesiapa yg telah sabit daripadanya, yakni sengaja berdusta pada hadis walau pun berlakunya ( pendustaan itu ) sekali seumur hidupnya dan walau pun ia telah bertaubat daripada perbuatan tersebut, tetap hadisnya tidak akan diterima selama lamanya.
perkara ini telah bersalahan dengan saksi dusta, apabila dia telah bertaubat maka penyaksiannya akan diterima semula.
keterangan:
tho’an yath’an ( kritik atau mengkritik ) adalah memberi makna menzahirkan kea’iban. tho’an yg bersangkut paut dengan ‘adalah pula mempunyai 5 bentuk, yakni jika salah satu dari lima perkara ini di dapati pada seseorang, maka dia terkeluar daripada sifat adl ur riwayah dan tidak akan lagi dipanggil seorang yg adil. yg dikatakan lima bentuk itu ialah: kazib, ittiham bil kazib, fisq, jahalah dan bida’ah, yaitu melakukan sesuatu perbuatan yg bersalahan dengan agama, dan menganggap ia adalah agama.
maksud kazib, ialah seorang rawi yg pendustaannya pada hadis Nabi s.a.w. dan pendustaan rawi itu dapat diketahui sama ada dengan ikrarnya sendiri, seperti dia berkata: riwayat yg aku riwayatkan sebelum ini, sebenarnya aku telah menipu kamu, atau dengan tanda2 yg lain. dan hadis yg diriwayatkan oleh perawi yg dikritik berdusta di namakan hadis maudu’.
maksud maudu’ ada dua makna, perta : letak. dan yg kedua: merangkumi, atau meliputi, atau menyimpulkan. maka makna yg dikehendaki disini adalah makna yg kedua, yaitu dirangkumkan kesemua hadis yg diriwayatkan oleh perawi itu sebagai hadis maudu’. maka sesiapa yg terlibat daripadanya yakni sengaja berdusta dengan hadis Nabi s.a.w, maka semua hadis yg diriwayatkannya dihukumkan sebagai hadis maudu’. walau pun pendustaannya itu berlaku hanya sekali seumur hidupnya, atau pun dia hanya meriwayatkan satu sahaja hadis maudu’, dan walau pun dia telah bertaubat dengan perbuatan tersebut.
kadang2 hadis itu tidak maudu’, tetapi perawi yg meriwayatkan hadis itu telah sabit berdusta pada hadis yg lain, maka semua hadis yg diriwayatkan olehnya kita rangkumkan sebagai hadis maudu’. atau sebagai contoh satu orang perawi telah meriwayatkan satu hadis yg dari sudut maknanya sahih,tetapi ia bukan lah satu riwayat yg sahih, oleh itu setiap hadis daripada rawi ini tidak boleh lagi diterima, walau pun selepas itu dia hanya mendengarkan hadis2 sahih sahaja, atau pun selepas itu dia sentiasa bercakap benar seumur hidupnya.
seterusnya maksud ittiham bil kazib adalah, seseorang itu tidak sabit berdusta dengan hadis nabawi tetapi dia masyhur dan dikenali sebagai pendusta.
fisq pula bermaksud,seseorang itu telah dikritik kerana dia telah melakukan dosa besar. dalam fisq, kazib itu satu perbuatan fasiq juga tetapi dia dikeluarkan daripada umum fasiq kerana buruknya perbuatan kazib itu didalam perkara ini. dan jahalah pula, ialah seorang yg tidak mengetahui mengenai hadis dan dia telah meriwayatkan hadis…
wallahuta’ala’alam..
semoga Allah s.w.t pilih azzizul suatu hari nanti untuk mempelajari keseluruhan ilmiah dalam bidang hadis, dan mendapat kefahaman yg sempurna dalam menyampaikannya bagi ummat ini.
Lukis gambar kartun mausia (doodle) tu boleh ke tak boleh? Gambar tu viral sekarang. Tetapi ada seorang tegur bahawa nanti kat akhirat akan disoal. Benarkah?
wa’alaikumusalam…ummu umar,
jawapan:saya tak pasti gambar kartun yg dimaksud tu... Dan tak pernah tengok pun...
cuma jikalau lukisan yg menyerupai makhluk bernyawa telah pun disepakati oleh jumhur ulamak khalaf mahu pun salaf, bahwa hukumnya adalah haram, bilamana gambar tersebut diambil atau dilukis semata mata untuk tatapan umum atau menjadikannya perhiasan didinding2 rumah dan pejabat. Sebagaimana telah berkata ibnu abbas r.a : aku telah mendengar rasulullah s.a.w bersabda:
كل مصور في النار يجعل له بكل صورة صورها نفس يعذب في نار جهنم..
( رواه البخاري ومسلم )
Yg bermaksud:" semua pelukis di neraka, dijadikan setiap gambar yg dilukisnya bernyawa, lalu dikenakan siksa didalam neraka jahannam".
Begitu juga sabda Nabi s.a.w yg lain:
من صور صورة في الدنيا كلف أن ينفخ فيها الروح يوم القيامة، وليس بنافخ فيها أبدا...
( رواه البخاري ومسلم )
Yg bermaksud:" barang siapa yg membuat gambar didunia ini, maka dia akan dipaksa meniupkan roh pada gambar itu pada hari kiamat, sedangkan dia tidak akan mampu meniupkan roh padanya itu".
Dan begitu pula sabda Nabi s.a.w seterusnya:
يخرج عنق من النار يوم القيامة، فيقول، إني وكلت بثلاثة: بكل من دعا مع الله إلها آخر، وبكل جبار عنيد، وبالمصورين.
( رواه الترمزي )
Yg bermaksud: " akan keluar nanti dari dalam neraka pada hari kiamat satu ekor binatang yg sangat ganas, lalu berkata: sesungguhnya aku ditugaskan untuk mencari tiga jenis manusia yaitu:
1. Bagi orang2 yg mengaku ada tuhan selain dari Allah s.w.t.
2. Dikalangan pemimpin yg kejam.
3. Dikalangan pelukis atau tukang gambar.
Dan dalam sebuah hadis yg lain telah bersabda Nabi s.a.w:
لاتد خل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة..
( رواه الشيخان )
Yg bermaksud:" malaikat tidak akan memasuki rumah yg ada didalamnya anjing dan gambar".
Begitu juga sebuah hadis yg lain telah bersabda Nabi s.a.w :
لاتد خل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة ولاجنب.
( رواه أبو داود )
Yg bermaksud:" malaikat tidak akan memasuki rumah yg ada didalamnya anjing, gambar dan orang berjunub".
Cuma dalam bab ini kadang2 ada dikalangan manusia yg telah rosak imannya berkata: baguslah supaya malaikat maut tak masuk rumah kita.
Sebenarnya yg tidak masuk itu adalah malaikat rahmat bukannya malaikat maut. Maka telah berkata imam hanafi, mana2 rumah yg tedapat didalamny anjing atau gambar2 yg bergantungan didinding sebagai perhiasan itu sentiasalah mereka ini terputus dari rahmat Allah s.w.t..
Tetapi terdapat sebahagian pendapat ulamak mutkhirin bahawa,jika lukisan tersebut dilukiskan untuk simpanan peseorangan dan bukannya untuk tatapan umum atau pun sebagai perhiasan dinding, atau di ambil untuk sebagai pengenalan diri, yakni gambar berbentuk ic, pastport dan sebagainya maka itu diharuskan oleh syarak..
wallahuta’ala’alam..
semoga dapat amal..insya’allah.
Sunday, 19 April 2015
Apa jd ibu susuan jika kita berikan susu yg di perah pd bayi yg lain..
jawapan, ibu susuan:
secara zohirnya, apa jua bentuk susuan dapat menjadikan asbab haramnya pernikahan antara yg menyusu dengan yg memberi susu. ( yakni telah menjadikan mereka sebagai mahram ).
akan tetapi sukalah disini saya menerangkan bahawa berlakunya anak susuan ini mestilah memenuhi beberapa syarat atau beberapa keadaan.
pertama : jika mengikut mazhab syafi’e, bayi hendaklah berumur di bawah 2 tahun, jadi kalau la ni syed man yg minum susu dari satu orang perempuan, minumlah banyak mana sekali pun, dia tak akan jadi ibu susuan syed man. sebagaiman sebuah hadis yg diriwayatkan oleh ibnu abbas r.a katanya:
عن ابن عباس قال: لارضاع الافي الحو لين….
yg bermaksud: "tak akan dikatakan susuan, kecuali sebelum umur 2 tahun.”
yg kedua: hendaklah ia menyusu sebanyak 5 kali, yg mana setiap kalinya dalam keadaan kenyang, atau boleh diukur melalui waktu menyusunya dari awal sehinggalah bayi tersebut melepaskan sendiri puting tersebut dengan tanpa paksaan, sama ada minum terus dengan menyedut puting susu pada satu orang wanita, atau minum susu yg telah di pam susu badan satu orang wanita yg telah diletakkan dalam botol, atau dituangkan menggunakan saluran paip masuk melalui hidung bayi tersebut, atau apa jua keadaan yg boleh membuatkan bayi tersebut kenyang dengan air susu itu dalam satu2 masa.
maksud 5 kali itu, adalah 5 kali susuan dalam waktu yg berbeza.
bermakna, jika kurang dari 5 kali seperti yg diterangkan, maka tiada ke atas mereka itu haram untuk berkahwin jika ditakdirkan berlaku ( tiada sempurna ikatan mahram ). sebagaimana sebuah hadis yg diriwayatkan oleh aishah r.anaha dengan katanya:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لاتحرم المصة ولا المصتان ….
yg bermaksud:” telah bersabda rasulullah s.a.w : tidak haram kahwin kerana sekali atau dua kali susuan.”
cuma jika mengikut mazhab imam hanafi, sedikit atau banyak susuannya hukumnya adalah sama, yakni haram keatas mereka berkahwin ( telah sempurna mahramnya ). sebagaimana sebuah hadis yg di datangkan oleh u’qbah bin hariths r.a dengan katanya:
تزوجت ام يحيى بنت ابي اهاب فجاء ت امة سوداء فقالت قدار ضعتكما فأتيت النبي صلى الله عليه وسلم : فذ كرت له ذلك، فقال وكيف وقد قيل…؟ دعها عنك..
yg bermaksud:” saya pernah berkahwin dengan ummu yahya puteri abi ihab, lalu datanglah seorang wanita hitam lalu menerangkan kepada saya bahawa kamu berdua ni pernah saya susui, lalu saya telah pergi kepada Nabi s.a.w dan menceritakan hal tersebut, maka sabdanya: kenapa boleh jadi begini..? dan Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya menceraikan akan dia.”
bagi pandangan imam hanafi, didalam hadis diatas, baginda Nabi s.a.w tidak bertanya berapa kali susuannya terjadi, tetapi yg diambil adalah susuannya, maka dengan inilah bahawa mazhab imam hanafi telah membuat kesimpulan melalui hadis ini dimana sedikit atau pun banyak, sekali atau beberapa kali bukanlah menjadi ukurannya, sebaliknya bila mana seorang wanita itu telah memberi air susunya dalam bentuk apa pun, maka ia telah pun menjadi haram pernikahan antara keduanya ( sempurna mahramnya ).
masaalah: bagaimana jika air susu yg bercampur..?
al jawab: maulana zawawie:
menurut feqah mazhab imam syafi’e, banyak mana pun campuran air susu dari seorang wanita yg akan diberikan kepada bayi susuannya, yakni air susu seorang wanita bercampur dengan susu kambing atau air biasa atau makanan, atau ubat sekali pun, selagi mana sifat susu tersebut tidak berubah yakni dari sudut warnanya, maka ia akan tetap dikira sebagai susu yg menjadi susuan yg sempurna.
sebaliknya jika mengikut feqah mazhab hanafi dan maliki, bila mana campuran tersebut tidak melebihi susu itu, maka ianya akan dianggap susu yg menjadi susuan yg sempurna, namun jika campuran itu melebihi dari susu itu walau pun sifat susu itu masih ada, ianya tetap akan dihukumkan tidak sempurna untuk dijadikan susuan keatas seorang bayi.
wallahuta’ala’alam…
semoga dapat amal dan sampaikan insya’allah…
Thursday, 16 April 2015
Apakah amalan sunnah yg lain kita boleh buat sewaktu sambut anak atau org baru..semasa lahir..
Boleh juga beramal sebagaimana yg didatangkan oleh malik bin dinar, yakni apabila lahirnya seorang anak tidak kira lelaki atau permpuan, maka hendaklah diazankan ditelinga kanannya, dan diiqomahkan ditelinga kirinya,lalu dibacakan surah alam nasyrah ditelinga kanan, dan inna anzalna di telinga kiri, seterusnya di bacakan kalimah thoiyyibah telinga kanan dan kalimah shahadah di telinga kirinya.dan akhirnya tahnikkan lah dgn menggunakan buah kurma yg telah dikunyah sambil selawat ke atas Nabi s.a.w.
maka inilah amalan yg dilakukan didalam kebanyakkan ulamak khalaf..
semoga dapat amal dan sampaikan insya’allah…
wallahuta’ala’alam...
Wednesday, 15 April 2015
Apakah tuntutan agama untuk berpoligami...?
Jawapan:
yang ni suami kena hayati baik2, sesungguhnya tuntutan agama untuk berpoligami adalah bermula dari sifat keadilan didalam keluarga yg sedia ada.
Keadilan yg bagaimana..? Adakah mencukupi keadilan dari sudut harta benda, makan minum dan kemewahan hidup..? Tidak....
Keadilan yg dimaksudkan adalah:
Kita sebagai suami hendaklah mengambil berat dan ikhtiar setiap masa dan ketika bagi menyempurnakan kesempurnaan agama dalam kehidupan isteri dan anak2, seperti dari sudut itiqadnya, amalan2 badaniahnya yakni sentiasa memastikan isteri dan anak2 mengambil berat bagi menyempurnakan segala ibadat badaniah dari sudut solat lima waktunya tanpa disuruh, bacaan al qurannya setiap hari tanpa disuruh, atau apa jua amalan yg di redhoi Allah tanpa di suruh.
Dan bilamana jika keseluruhan telah sempurna, maka barulah tuntutan agama untuk berpoligami itu menjadi sunnah ke atas ummat ini, sebagaimana peringatan dikalangan imam2 musytahiq bahawa diakhirat kelak setiap laki2 didunia ini akan ditanya oleh Allah s.w.t bagi seluruh ahlinya yg pertama, yakni isterinya yg pertama, anak yg pertama kedua dan seterusnya, tentang ketauhidan dan seluruh amalan badaniah yg datang dari rasulnya s.a.w sebagai yg dipertanggungjawabkan keatas suaminya selama hidup ahlinya atas muka bumi ini.
Seterusnya bagi tuntutan yg lain ialah: faqeh serba sedikit dari sudut ilmiah berpoligami, sihat tubuh badan dan mampu menyediakan keperluan bagi isteri yg baru dan isteri yg sedia ada.
Semoga dapat amal insya'allah..
Wallahuta'ala'alam...
Bagaimana isteri yg bersetuju tetapi meletakkan tuntutan berbentuk harta sebagai syaratnya..?
Jawapan:
syarat tersebut wajib bagi suami menyempurnakannya jika syarat tersebut di akad sewaktu ijab kabul pada hari perkahwinannya dahulu.
Sebaliknya jika tiada, maka pensyaratan tersebut gugur di sisi syarak,
Jika ada suami yg cuba menyempurnakan tuntutan tersebut semata mata untuk mengambil hati isteri, sedangkan ia tiada akad sewaktu pernikahan dahulu, maka penyempurnaan tersebut dihukumkan batil disisi syarak.
( Peringatan ilmiah )
Haruslah diingat bahawa suami tidak wajib malah tidak perlu meminta keizinan dari isteri untuk berkahwin lagi satu, cukup sekadar iklan atau memberitahu dgn penuh hikmah didalam mesyuarat rumah tangga, kerana itulah akhlak yg mulia...
Apakah hukum isteri menentang atau tidak membenarkan suami berkahwin lagi..?
Jawapan: Hukumnya adalah haram,
kerana ianya adalah perintah Allah s.w.t dan sunnah rasulnya s.a.w, sebagaimana ancaman dan peringatan yg banyak bagi wanita2 yg tidak redho apabila suaminya berkahwin lain, melalui kitab2 mu'tabar seperti majmu' syarah muhazzab, umdhatul qari, ainul ma'bud, nihayatul mukhtaj, raudhatul tholibin, mirqotul mafatih dan banyak lagi, atau kitab turost muhimmah yg telah menjadi sebahagian pengajian muslimin dan muslimat sekarang ini, kalau tak silap cuba lihat muka surat 10 pada baris yg 22, dimana didalamnya terdapat peringatan baginya: sebagai huraian" wahai kaum wanita tiadalah yg lebih besar bala yg bakal menimpa kamu dialam akhirat kelak, bilamana kamu didunia terjumlah dikalangan isteri2 yg tiada redho dgn suami bernikah akan wanita lain, dan diakhirak kelak akan digolongkan kamu dikalangan manusia2 yg telah keluar dari agamanya".
Serta banyak lagi... Boleh rujuk didalam kitab2 diatas.
Tuesday, 14 April 2015
Apakah hukumnya bagi isteri yg sentiasa berdoa agar suaminya tidak memilih wanita lain selain darinya...?
Jawapan:
kalau berdoa supaya suami tidak memilih wanita lain yakni wanita yg tiada sah hubungan perkahwinan. Maka itu diharuskan, kerana itu adalah ikhtiar seorang isteri melalui doa untuk melindungi suaminya dari maksiat zahir yg dimurkai Allah s.w.t...
Sebaliknya jika berdoa supaya suaminya tidak menikahi wanita lain, maka dihukumkan fasiq dikalangan ulamak mu'tabar, kerana ianya telah menidakkan suatu perintah yg datangnya dari Allah s.w.t dan rasulnya s.a.w...
Rujuk kitab muatha' imam ahmad.
Wallahuta'ala'alam...
Apakah yg perlu dilakukan oleh seorang bapa untuk menyambut kelahiran anaknya ?
Jawapan
1. Setelah mendengar tangisan bayi yg baru lahir yakni bagi sesiapa sahaja yg mendengarnya, maka hendaklah menyampaikan khabar gembira ini pada org lain yg dikenali, sebagaimana firman Allah s.w.t didalam surah as saffat pada ayat yg ke 101:
فبشرنه بغلم حليم..
Yg bermaksud:" maka kami khabar gembira dgn seorang anak yg amat sabar,"
2. Melaungkan azan ditelinga kanan.
3. Di iqomahkan di telinga kiri.
4. Tahnik, yakni mengunyah kurma lalu di gunakan hujung jari untuk membelah mulut bayi dalam keadaan perlahan lahan dengan menggunakan kurma yg telah dikunyah tadi.
Sebagaimana sebuah hadis dari abu musa, ia berkata:
ولد غلام فأتيت به النبي صلى الله عليه وسلم فسماه إبرا هيم فحنكه بتمرة ودعا له بابركة ودفعه إلي، وكان أكبر ولد أبي موسى...
Yg bermaksud: aku telah dikurniakan anak laki2, lalu aku membawanya kepada rasulullah s.a.w, beliu telah memberi nama ibrahim untuk anak itu dan mentahniknya dgn kurma, mendoakannya dgn keberkatan dan memberikannya kepadaku. Ia adalah anak abu musa yg paling besar.
5. Apabila telah cukup 7 hari, maka dianjurkan untuk aqiqah.
Aqiqah adalah asal maknanya ialah rambut yg ada pada kepala bayi yg baru dilahirkan, kemudian kambing disembelih dinamakan aqiqah, kerana rambut si anak dicukur sewaktu kambing disembelih.
Dan ada juga yg mengatakan aqiqah itu adalah penyembelihan itu sendiri.
Di sunnahkan bagi bapa menyembelih dua ekor kambing jika anaknya lelaki, dan seekor kambing jika anaknya perempuan. Sebagaimana sebuah hadis yg diriwayatkan oleh aishah r.anha dgn katanya: telah bersabda Nabi s.a.w:
عن الغلام شاتان مكا فئتان وعن الجارية شاة...
Yg bermaksud:" untuk anak laki2 dua ekor kambing yg cukup umurnya, sementara untuk anak perempuan satu ekor kambing."
Seterusnya pada hari yg sama, hendaklah dicukur rambut bayi tersebut keseluruhannya, dan timbangkan lah rambut tersebut dikedai emas untuk mengetahui berat dan kadar keperluan yg patut dikeluarkan oleh bapa untuk disedeqahkan mengikut harga emas atau perak.
Sebagaimana sebuah hadis yg diriwayatkan oleh anas bin malik r.a dgn katanya:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمر برأس الحسن والحسين يوم سابعهما، فحلقا، وتصدق بوزنه فضة...
Yg bermaksud: bahawa rasulullah s.a.w memerintahkan agar mencukur rambut hasan dan hussain pada hari ke tujuh, maka mereka berdua dicukur, dan beliau bersedeqah dgn harga perak seberat rambut yg dipotong."
6. Maka pada hari rambut bayi dicukur yakni pada hari ke tujuh, maka hari tersebutlah diberi nama ke atas bayi itu, sebagaimana sebuah hadis dari samurah bin jundub r.a katanya: telah bersabda Nabi s.a.w:
كل غلام رهينة بعقيقته تذ بح عنه يوم سابعه ويسمى فيه، ويحلق رأسه..
Yg bermaksud:" setiap anak tertahan dengan aqiqahnya, disembelihkan haiwan aqiqah pada hari ketujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur rambutnya."
Masalah: kalau tak ada kemampuan untuk aqiqah pada hari ke tujuh?
Jawaban: boleh menyempurnakan nya pada hari ke 14, jika tak mampu lagi, boleh menyempurnakan nya pada hari ke 21. Sebagaimana hadis yg diriwayatkan oleh baihaqi dikatakannya:
تذ بح لسبع، ولاربع عشر، ولإحدى وعشرين...
Yg bermaksud:" disembelih pada hari ke tujuh, dan hari keempat belas, dan pada hari ke dua puluh satu."
Seterunya jika tidak mampu juga, maka disunatkan untuk melakukan nya pada bila2 masa sahaja, ini lah sebahgaian pendapat dikalangan ulamak muthakhirin...
Wallahuta'ala'alam...
Dalam surah Annisa ayat ketiga, ada disebutkan ttg mengahwini perempuan yatim,"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan2 yatim maka berkahwinlah dengan sesiapa yg kamu berkenan,2,3 atau 4 kemudiaan jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil berkahwinlah dengan seorang sahaja... Sehingga akhir ayat".. Persoalannya, adakah poligami ini dibenarkan hanya sekiranya kita mempunyai niat untuk berkahwin dgn perempuan yatim?
Dalam kitab bukhari, abu daud, nasa'e dan tirmizi terdapat satu kisah menceritakan bagaimana u'rwah bin zubair r.a bertanya kepada aishah r.anha isteri kepada baginda Nabi s.a.w tentang ayat yg bermaksud" dan jika kamu takut tidak dapat berbuat adil kepada anak2 yatim, maka kahwinlah dgn perempuan yg menyenangkan hatimu", lalu jawab baginda Nabi s.a.w: wahai anak saudaraku, maksud anak yatim ini adalah anak2 yatim yg berada dibawah asuhan walinya yg mempunyai harta dan kecantikkan atau sebaliknya, dan yg dimaksudkan adil itu ditakuti ada dikalangan laki2 telah meringan ringankan mas kahwinnya atau dari sudut tanggungjawab lain sama ada kurang atau lebih dari pada perempuan2 yg lain kerana hanya disebabkan ia anak2 yatim, dan yg dimaksudkan berkahwinlah dgn perempuan lain itu adalah ditakuti tidak dapat menyempurnakan hak anak2 yatim dan juga hak apabila bergelar seorang isteri,
Dan maksud 2,3 atau 4 itu: adalah Allah s.w.t telah menghalalkan seorang laki2 berkahwin sehingga empat isteri, dgn tujuan untuk memagar nafsu syahwat dikalangan laki2 yg sentiasa ada keinginan terhadap wanita yg berada dikeliling kelalangnya,
Sebagaimana yg telah dikhabarkan oleh ulama ikram r.alaih, bahawa salah satu dari pada rosaknya ke khusyu'kan atau tawajuh atau tumpuan seorang laki2 terhadap Allah s.w.t adalah datangnya dari wanita, maka 2,3 dan 4 itulah ukuran yg terbaik dari Allah bagi menghalangi darirosaknya iman dan amal dikalangan laki2.
Cuma jika tidak kemampuan dari sudut menyempurnakan tuntutan poligami itu yakni dari sudut kesempurnaan agama, makan minum, tempat tinggal dan sebagainya maka cukuplah dgn seorang sahaja...
Wallahuta'ala'alam...
Apa hukum nye kite sedekah kan bacaan al-fatihah dan bacaan al-quran kpd org yg tlh mninggal dunia ?
Wa'alaikumsalam....
Bab sedeqahkan bacaan al fatihah dan al quran kepada si mati:
Firman Allah s.w.t didalam surah an najm pada ayat yg ke 39:
وأن ليس للإ نسن إلا ما سعى..
Yg bermaksud:" dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yg telah di usahakannya."
Pada dasarnya, seseorang yg telah meninggal sama sekali tidak akan memperolehi apa jua amal yg dilaku oleh orang yg masih hidup kecuali amalan tersebut yg datangnya dari keluarga yg ditinggalkan seperti anak2 dan isteri yg belum berkahwin lain.
Maka selain dari itu ia tetap dalam hukum asal sebagaiman ayat itu diturunkan.
Kerana itu Nabi s.a.w tidak pernah menganjurkan dan membimbing ummatnya untuk menghadiahkan pahala bacaan al quran kepada orang yg telah meninggal. Demikian pula tidak diriwayatkan dari mana2 sahabat pun yg mereka pernah melakukannya, kecuali yg dianjurkan oleh Nabi s.a.w hanyalah memohon keampunan bagi jenazah sebagaimana sabdanya:
استغفروا لأ خيكم وسلوا له بالتثبيت فإنه الان يسأل.
Yg bermaksud," mohonlah keampunan untuk saudara kalian dan mohonlah ketetapan baginya, kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal ( didalam kubur ),
Cuma ada sebahagian dikalangan imam2 muthakhirin yg telah menyatakan ianya sampai melalui harapan dan sangkaan yg baik terhadap Allah s.w.t.
Maka pendapat ini pun boleh digunakan cuma tiada nash dan dalil yg qati'e malainkan melalui isytihad dikalangan ulama muthakhirin sahaja.
Wallahuta'ala'alam...
Apa ukuran bg sutrah? Adakah hamparan sejadah dikira sutrah?
Ukuran yg dibenarkan untuk lalu dihadapan org yg sedang solat mengikut pendapat jumhur ulama' adalah 3 hasta, sebagaimana hadis yg diriwayat oleh ahmad, abu daud dan ibnu majah dgn katanya:
وعن ابي هريرة عن النبي صلى عليه وسلم انه قال، اذاصلى احد كم فليجعل تلقا ءوجهه شيئا. فإن لم يجد فلينصب عصا، فإن لم يكن معه عصا فليخط خط، ولا يضره ما مربين يديه...
Yg bermaksud: dan dari abu hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: apabila salah seorang dari kamu mendirikan solat, maka hendaklah ia meletakkan sesuatu di hadapannya, kalau tidak ada hendaklah ia tancapkan tongkatnya, dan kalau ia tidak membawa tongkatnya maka gariskanlah dgn satu garisan, supaya tidaklah mengganggunya binatang yg lalu dihadapannya.
( ahmad, abu daud dan ibnu majah)
Sutrah adalah sesuatu yg diletakkan dihadapan org yg sedang solat, dan pendapat dikalangan ulama' feqeh mengatakan bahawa sutrah itu sunnah dan digalakkan, dan jarak sutrah tersebut adalah 3 hasta.
Berkata dikalangan ulama': hikmah sutrah tersebut adalah untuk membatasi pandangan apa yg ada dibelakang sutrah tersebut yg menjadi sebagai gangguan bagi org yg mendirikan solat, dan ia juga dijadikan sebagai penghalang bagi org2 yg berjalan dihadapan
Hamparan sejadah bukanlah sutrah, sutrah adalah sesuatu yg menghalangi seseorang itu melihat apa yg ada di sebalik sutrah itu yg kadang2 ia menjadi sebahagian gangguan dalam solat seseorang, atau boleh menghalangi seseorang dari lalu dihadapan kita yg sedang solat, seperti tiang, tongkat dan sebagainya.
Wallahuta'ala'alam..
Apa itu nikah khitbah?
Jawaban bagi nikah khitbah:
Khitbah dari sudut bahasa adalah gantung, nikah khitbah adalah nikah gantung, ijab dan kabul bertujuan untuk mengelakkan berlakunya zina.
Kebiasaannya berlaku di tanah arab yakni dikalangan pelajar2 yg asyik dilamun cinta, mereka bertemu setiap hari untuk ulangkaji pelajaran bersama, dan dalam pada masa yg sama berpegangan tangan, besendel sendel bahu atau memandang antara satu sama lain tanpa ada perasaan malu...
Hubungan yg macam ni jika nak dihalalkan melalui pernikahan, tak mampu bagi laki2 kerana masih belajar dan tak ada kerja untuk tanggung anak org lain.
Maka dgn itu nikah khitbah la penyelesain nya, yakni nikah gantung, nikah yg tidak tinggal serumah semata mata untuk jaga keinginan masing2 supaya tidak berjima', kerana nikah khitbah ini adalah nikah yg selagi mana si suami tidak memasukkan khasafahnya kedalam kemaluan isterinya, maka selagi itulah isterinya akan berada dibawah tanggung jawab bapa kepada isterinya, yakni dari sudut makan minum, pakaian dan sebagainya.
Tetapi kalau si suami telah memasukkan khasyafahnya ( jima' ) maka barulah berpindah tanggung jawab tersebut ke atas bahu suaminya.
Persoalannya: kalau macam tu buat apa nikah kalau tak boleh gitu2?
Al jawab: begitulah indah nya agama islam ini, kerana tidak ada satu pun masaalah yg tak dapat diselesaikan melalui perantaraan agama...
Maka kesimpulan nikah khitbah itu adalah untuk menghalalkan berpegangan tangan sewaktu belajar yg mana sebelumnya haram, dan menghalalkan memandang antara satu sama lain yg mana sebelumnya haram...
Tapi nasihat untuk abg maizam kalau nak nikah lagi satu tak payah la khitbah ni rugi....
Wallahuta'ala'alam....