Sunday 9 February 2014

Intipati bayan Subuh Maulana Hamid. 2 Feb. Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum....
Intipati bayan Subuh Maulana Hamid. 2 Feb. Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

1. Usaha 2 jam setengah adalah untuk membawa umat ke masjid. Tiada lagi dakwah dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, tapi bawa tunai ke masjid.

2. Bila ada 4 orang, jangan tinggalkan masjid kosong, tapi wujudkan amal masjid dengan taklim & selebihnya pergi rumah ke rumah bawa tunai ke masjid. Cukup 8 orang, baru wujudkan DTI. Ini dinamakan usaha memakmurkan masjid.

3. Orang yang buat dakwah, dakwah, dakwah sepatutnya ada Shauf (semangat beramal) dalam ibadatnya. Bila banyak bagi masa dalam perkara-perkara dakwah, sepatutnya lebih tambah kualiti dalam amalnya. Bila rasa banyak bagi masa dalam amal dakwah tapi solat 2,3 minit, quran tak jaga, tiada Shauf dalam amal, ini tanda-tanda Istidraj. Maulana Umar Rah.Alaihi berkata, Istidraj ini macam satu orang yang buat perangkap tikus & bagi keju tapi letak keju pada perangkap tikus. Tikus ingat ini ikram dia tapi sebenarnya perangkap untuk bunuh dia. Samalah dengan orang yang bagi dakwah tapi tiada Shauf dalam amal. Ini satu bahaya untuk dirinya. Kita rasa kita dah buat dakwah & Allah telah ampun semua dosa kita, kita anggap diri kita istimewa 'special' bila buat dakwah. Sepatutnya bila buat dakwah, datang sifat takutkan Allah dalam diri.

4. Orang yang buat dosa di kalayak/depan umum, bukan namanya tak tahu malu tapi sebenarnya dia bukan manusia tapi haiwan. Orang yang tak tahu malu ini bila sunyi-sunyi diri, dia buat dosa. Sebenarnya perasaan dia "orang tak nampak" semasa dia buat dosa sendirian/sorang-sorang, lebih berdosa dari dosa yang dia buat sebab dia telah menafikan Allah Maha Melihat.

5. Kita dah rasa terlepas dari tuntutan agama bila kita dah maklumkan melalui SMS, FB, Whatsapp, Msg atau telefon. Sebenarnya tuntutan agama hanya terlepas bila kita jumpa bersemuka 'face to face'.
Semoga Allah Ta'ala ampunkan dosa-dosa kita. Aamiin..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...