Sunday, 9 February 2014

Ilmu vs Harta

Tazkirah
7RabiulAkhir 1435@7/2/2014

Harta vs Ilmu

Rasulullah pernah bersabda: “Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”
Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
10 Jawapan Saidina Ali...
1. ILMU ebih utama kerana ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.

2. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus memeliharanya.

3. ILMU lebih utama kerana harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat.

4. ILMU lebih utama kerana harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.

5. ILMU lebih utama kerana orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu selalu diberi gelaran dengan nama yang mulia dan megah.

6. ILMU lebih utama kerana  orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu pula diberi syafa’at pada hari kiamat.

7. ILMU lebih utama kerana ilmu membawa ketenangan dan cahaya, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.

8. ILMU lebih utama kerana harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu takkan habis walaupun tidak ditambah.

9. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut, sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.

10.ILMU lebih utama kerana orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah swt, sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).

Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama. Maka kesepuluh ulama’ tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali, dan mereka menjadi lebih hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU yang dimiliki olehnya itu..

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...