Wednesday 22 February 2017

Aurat wanita

*13 aurat wanita yang anda perlu tahu*
*****
1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullullah Saw melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan.
-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki

Memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.
-Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
-Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani

6.

uka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan tangan

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
-Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
– Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad Saw: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
– Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah Saw: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
– Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
– Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
– Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sunday 19 February 2017

Ilmu dakwah tareqat

Pernah sekali ada orang tanya pada Shaikh Zakariyya rahimahullah,

"Antara kerja tabligh dan kerja Khanqah, yang mana lebih penting dan patut saya utamakan?"

Maulana Zakariyya rah. sangat terganggu dengan soalan berbentuk provokasi seperti ini kemudiannya menjawab lebih kurang:

"Antara makanan dengan air, mana yang lebih penting dan mana yang patut kamu utamakan?"

Lelaki tu terpinga-pinga tak tau nak jawab apa.

Dari jawapan Maulana Zakariyya yang tentunya adalah ilham kewalian daripada Allah ni dapat kita fahami agama dengan sempurna, bukan dengan nafsu kita. Kita yang jauh dari Allah ni akan mudah taksub dengan satu jalan dan anggap itu sahaja jalan agama dan yang lain-lain bukan agama. Lalu menganggap dirinya sudah pun faham agama dan orang lain tidak faham agama.

Sedangkan ini salah faham besar!

Orang yang kenal agama melalui ilmu, akan taksub dengan ilmu.

Yang kenal melalui dakwah, akan taksub pada dakwah.

Yang kenal melalui Tareqat, akan taksub pada Tareqat.

Sedangkan jalan suci para nabi ialah menjalani hidup dengan *agama yang sempurna* bukan hanya dengan *satu juzuk* dari agama sahaja.

Orang yang hanya berdakwah dan mujahadah tabligh, iman mereka akan tinggi melangit, tetapi hati mereka akan kekal kotor dan tak akan kecapi kerohanian istimewa yang dikecapi oleh ahli-nisbat (ahli Tareqat Muktabar). Mereka akan mengganggap diri mereka sebagai sohib-hidayat (pemilik Hidayat) dan menganggap sesiapa yang tidak mengikut jalannya sebagai golongan yang "belum dapat hidayah" walaupun orang itu seorang ulama besar atau wali Allah. Mereka akan merasa sangat berjasa pada ummah kerana kerja-kerja mereka yang akhirnya orang ramai memang akan mendapat manfaat daripada dakwah mereka, tetapi mereka sendiri gagal Islah diri dengan dakwah mereka sendiri.

Orang yang hanya sibuk dengan Tareqat, hatinya tentu akan bersih suci dari segala penyakit hati, mudah taubat dan insaf, rendah diri dan melihat diri hina dan lain-lain sifat kemuliaan akan zahir pada batinnya, tetapi dia tidak akan mendapat kekuatan iman sepertimana yang didapati oleh para da'i melalui mujahadah dan pengorbanan mereka, dia tidak akan dapat fikir dan risau para nabi dan tidak mendapat sifat peduli pada ummah dengan penuh kasih sayang dan hanya akan sibuk dengan diri sendiri. Yang lebih menakutkan ialah apabila ditipu syaitan dengan perkara kerohanian seperti kasyaf, karomah, sirr, Nur dan sebagainya hingga dia hanya sibuk mencari itu bukan mencari Allah . Ramai yang tersesat dalam diri sendiri dan memandang orang lain yang tidak alami apa yang dia alami sebagai batil dan sesat.

Orang yang hanya sibuk dengan ilmu tanpa peduli pada dakwah dan Tareqah, mereka akan alami masalah hati yang sangat dahsyat, mereka akan kejar dunia dengan ilmu, kejar mahsyur dengan ilmu, kejar nama dan pujian dengan mahsyur, beranggapan dirinya paling berjasa pada ummah dan mengganggap semua orang yang jahil sebagai hina termasuklah pekerja² agama, maka akan terzahirlah para ulama dunia yang sangat jelas dan terang mengaut untung dunia dengan ilmunya , tanpa dunia, ilmunya tidak akan diberi kepada sesiapa pun, takabur akan membesar, tamak akan subur dan lain-lain sifat yang semuanya dapat ditutup dengan pakaian ulama sehingga orang ramai menganggap dia adalah pewaris nabi yang sahih.

Semoga Allah lindungi kita semua daripada fitnah-fitnah agama.

Wallahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...