Thursday 25 September 2014

MINDA EMAS JUTAWAN : VIII

MINDA EMAS JUTAWAN : VIII
Semua Program Emas pada dasarnya adalah baik dan untuk menjadikan ia lebih baik hendaklah di lakukan sebagaimana Takaful dll telah lakukan.
Jangan lupa THE POWER OF COMPOUNDING.
Mana mana Yg Join Delay kemudian TB kemudian RSB kemudian ETA terus ke Loaded sudah dapat KESAN THE POWER OF COMPOUNDING.
Jika ingin di kira ...kiralah ..memasing sudah mahir excel dll.
Namun apa yang berlaku antara teori dan Praktikal tak semestinya sama.
Kita akan mempercepatkan Kesan The Power Of Compunding jika kita bijak menyusun strategi Jual Beli kita.
Insyaallah kita akan cepat mencapai Kebebasan Kewangan lebih awal jika kita Bersabar yakni Delayed Gratification. Memang wajar kita menghadiahkan diri kita sesuatu namun berpada pada agar Kita dapat Laba yang lebih besar dan berterusan.
Kita boleh menghadiahkan diri kita dengan Kenderaan dan Kediaman yang selesa namun kena pastikan Matlamat kita mesti do kecapi seawal boleh. Kenderaan dan Kediaman yang Selesa akan dapat juga bahkan lebih Gempak jika kita bersabar.
Den cadangkan kita nak berbelanja pun maxima 20 % dari Lebihan Pendapatan kita. 80 % lagi tu eloklah di teruskan sebagai penambah kekayaan samada Meniaga Emas atau apa jua bidang perniagaan yang anda Mahir.
Jangan dalam keghairahan kita melihat rakan rakan membeli Kenderaan Mewah Kediaman Mewah kita pula berlumba lumba membeli. Kita tidak tahu berapa lama mereka sudah BERPUASA untuk mengejar dan akhirnya mereka dapat Delayed Gratification mereka. Usah sesekali mengejar orang lain tanpa Ukur Baju di Badan sendiri.
Menabung amat perlu. Janganlah kita lupa sebelum kita di kenalkan dengan Emas...kita bergelut dari hari ke hari menyabung gaji apakah cukup atau tidak untuk bulan ini.
Kita baru keluar dari perangkap Hutang....Kenapa perlu masuk Perangkap yang lebih besar ?

BREAKING ANOTHER BANK CODE


1. Ini RHB Reflex token. Fasiliti khas utk business account.
Tidak kisah anda enterprise mahupun Sdn Bhd.
2. Ia sama seperti M2E dari Maybank. M2uBiz lain.
Maybank cajnya RM78 sebulan, RHB Reflex RM30 sebulan.
3. Berkenaan efficiency dan customer service, pengalaman saya menggunakan RHB lebih baik.
Utk yg berbisnes, Maybank dan RHB membenarkan membuka business account dengan kemudahan fasiliti ini.
4. Poinnya di sini, dengan ada kemudahan fasiliti ini, anda tidak perlu ke bank utk memindahkan wang berjumlah lebih RM50,000. Juta-juta sehari pun tak mengapa, sambil lepak depan komputer, tgk cerita Korea dan pakai kain pelikat.
Pembayaran tax (PCB), KWSP, SOCSO dan bermacam-macam lagi.
5. Pemindahan RHB ke RHB adalah sekelip mata. Interbank; jika transfer sebelum 12 tghr, petang dh masuk. Jika transfer petang, esok pagi dah masuk.
6. Token diberi ade 4. 2 utk sistem, 2 utk data entry & approval. 2 yg terakhir ni paling penting; utk pemindahan wang.
7. Dengan adanya RHB Reflex (atau sistem M2E), anda ada bukti pemindahan wang; keluar dan masuk. Mudah utk anda simpan bukti transaksi dan audit akaun anda di kemudian hari. Jika anda lakukan transaksi TUNAI, ada kemungkinan kita tiada bukti transaksi dan boleh membawa kepada musibah yg lebih besar kemudian hari.
Punyai bukti transaksi juga memudahkan anda utk mengesan CONMAN yang menipu anda. Jika anda cash deposit, mungkin anda terlupa simpan resit deposit. Jika anda dirompak sewaktu transaksi, polis juga tiada rekod kukuh utk mengesan perompak.
8. Anda tak perlu cakap banyak. Pergi kaunter, memang banyak songeh dan pertanyaan, lagilah jika anda tengah rushing. Lagi-lagi Maybank sekarang terlalu leceh.
Jadi, buka RHB sebagai alternatif transaksi. Kenapa bukan bank lain seperti CIMB? 
9. Dengan adanya RHB Reflex, anda sudah ONE STEP ke arah mempersediakan diri anda pada ke arah SDN BHD (korporat).
Pastikan ajak rakan-rakan bisnes anda utk membuka RHB juga. Sama-sama buka dan berurusan selalu. Jika 3 rakan bisnes partner anda selama setahun adalah pengguna RHB dan Sdn Bhd juga, anda telah bersedia utk business loan juta-juta.
10. Senang kata, ia antara rahsia mudahnya mendapat loan dari bank. Samada home loan mahupun business loan. Saya kongsikan di kemudian hari, face to face. 
P/s: Saya boleh bantu utk jadi introducer jika area PJ/Kelana Jaya. Insyallah. Area Shah Alam, Jack Sparoh boleh bantu.
Disclaimer: Saya bukan banker dari RHB dan tidak dapat apa-apa komisen dari mana-mana pihak ye. Terima kasih. Moga dipermudahkan urusan rakan-rakan.

MULTIPLY ASAS I


Setelah anda semua biasa dengan Arrahnu dan mahir membuat kiraan Upah Simpan dan sebagainya...Kita boleh masuk Bab MULTIPLY.
A B C D : E F G H : I J K L
Katakan anda ada 12 bentuk cincin setiap satu berat 2 gm sebentuk. Anda beli Rm 140/gm Maka kos anda ialah Rm 280 x 12 = Rm 3,360
Katakan anda nak menambah Modal...Maka Pajakan A B C D. dan E F G H.
Andaian Marhun Rm 135 : Maka anda dapat Rm 135 x 16 gm x 0.7 = Rm 1,512
Minta Arrahnu buat 2 surat dan lebih baik 4 surat. Ada sebabnya. Ia untuk memudahkan penebusan keluar.
Persedian. Ambil Gambar serta Saiz Cincin tersebut. Jika Rantai Atau Gelang ambil Panjang , Diameter serta Lebar.
Dapat Rm 1,512 anda beli lagi cincin..katakan Rm 140/gm maka Rm 1,512/140 = 10.8 gm atau 5 bentuk Cincin. Lebihan simpan buat makan Roti Canai dan Kopi Jantan.
Maka anda sudah ada Cincin M N O P Q.
Anda Pajakan Cincin M N O P Q untuk mendapat Rm 135 x 10 gm x 0.7 = Rm 945
Beli lagi Rm 945/140 = 6.75 gm atau 3 bentuk CIncin.
So anda sudah ada R S T
Pajak : Anda dapat Rm 135 x 6 x 0.7 = Rm 567
Beli lagi Rm 567/140 = 4.05 gm atau 2 bentuk Cincin
Anda ada Cincin U V
Pajak Cincin U V untuk mendapat Rm 135 x 4 gm x 0.7 = Rm 378
Beli lagi Rm 378/140 = 2.7 gm atau 1 bentuk Cincin
Anda ada Cincin W
Pajak Cincin W untuk mendapat Rm 135 x 2 gm x 0.7 = Rm 189
Anda boleh perhatikan bahawa Cincin cincin anda bertambah banyak..iaitu 23 bentuk semuanya. anda ada 19 bentuk CIncin di dalam Arrahnu dan 4 bentuk cincin di tangan.
Ini adalah kaedah MULTIPLY paling selamat.
Jangan sesekali Join SKIM 30 : 70 atau 35 : 65 Itu semua akan membunuh anda dan Arrahnu. Berapa ramai orang tersontot dan Arrahnu tidak dapat beroperasi lagi akibat SKIM 30 : 70.
Jangan sesekali menghabiskan semua stok di tangan. DONT DO THAT !
Apa yang DEN tunjukan ini hanya simulasi sahaja..Bermaksud anda bahagikan STOK EMAS anda kepada 3 BAHAGIAN...Pajak dan Multiply sampai habis hanya 2 bahagian sahaja.
Untuk MULTIPLY kaedah ini ambil Max Marhun dan Max Peratus pinjaman.

Radience

Bukit rangin

Wednesday 17 September 2014

ORANG TABLIGH

ORANG TABLIGH

1- Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
...
2- Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

3- Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

4-Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

5-Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

6-Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

7-Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

8-Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

9-Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

10-Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

11-Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

12-Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

10 AMAL WIRID INFIRODI DA’I (DARI MASYAIKH H. ABDUL WAHAB – RAIWIND PAKISTAN)

1. LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNII KUNTU MINADZ DZALIMIN
(Dibaca 300 x perhari atau 1000 x perhari).

Fadhilah : Dimudahkan untuk cari tasykilan, dimudahkan untuk gerakkan umat dalam dakwah, &Allah akan selesaikan masalah infirodi & ijtima’i

2. HASBUNALLAHI WA NI’MAL WAKIL (313 X/ HARI)

Fadhilah : Allah akan robah asbab musibah jadi rahmat dan asbab kebinasaan jadi kemuliaan

3. SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ‘ADZIM ASTAGHFIRULLAH
(Dibaca 100 x diantara waktu adzan dan iqamat shalat shubuh)

Fadhilah : Dunia akan datang kepada pembacanya dalam keadaan menunduk.

4. Masuk rumah ucapkan SHOLAWAT 3X & S.AL IKHLAS 3X.

Fadhilah : Dimudahkan untuk bayar hutang, asbab ketentraman diri & keluarga, dan ekonomi akan dimudahkan.

5. Sesudah Sholat Jum’at baca S.AL FATIHAH 7 X, AL IKHLAS 7 X, AL FALAQ 7 X, ANNAS 7 X.

Fadhilah : Keburukan kita akan ditutupi oleh Allah, sehingga yang tampak hanya kebaikan saja.

6. Baca TA’AWUDZ 10 X setiap pagi dan sore.

Fadhilah : Akan dilindungi dari godaan syetan sepanjang hari itu.

7. Baca AYAT KURSI setiap selesai sholat fardhu.

Fadhilah : Dimudahkan ketika sakaratul maut, mati tanpa perantara,

8. Baca S. AL IKHLAS 3 X, AL PALAQ 3 X, & ANNAS 3X setiap pagi dan sore.

Fadhilah : Dijauhkan dari bencana dan kesusahan.

9. Baca SURAT YASIN setiap pagi/sore

Fadhilah : Di cukupi kebutuhan dunia & akhirat, serta ditunaikan seluruh hajatnya.

10. Baca SURAT AL IKHLAS 200 x Setiap hari.

Fadhilah : Allah tutupi 300 pintu musibah & Allah akan buka 300 pintu rahmat dan rezeki, rezeki yang penuh kemuliaan & datang tidak disangka. Diberi ilmu & kesabaran langsung dari Allah. Diampuni dosa2nya , dapat pahala 200 rakaat shalat sunnat & pahala seperti khatamkan Al Quran 66 X. Dibangunkan 20 istana. 1 Istana ada 70 bidadari & 80 ribu pelayan& ratunya adalah istri kita. Ketika mati, kita akan disholati oleh 110 ribu malaikat…..

Niat amal dan tabligh

10 krateria Da'i

1. Bicaranya Dakwah.
2. Diamnya Dzikir.
3. Pandangan terjaga.
4. Pikirannya Kebaikan.
5. Kesibukannya Memperbaiki Diri.
6. Langkah Kakinya Jihad.
7. Ayunan tangannya Sodaqoh.
8. Senjatanya Silaturrahim.
9. Pendengerannya terjaga.
10. Kerinduannya Ke Ridhoan Allah swt.

SILSILAH USAHA DAKWAH DAN TABLIGH (SHAHIH, ADA SANAD DARI MAULANA ILYAS SAMPAI RASULULLAH SAW)

Usaha dakwah dan tabligh ialah satu usaha yang sangat mulia. Ia bukanlah satu gerakan, persatuan maupun jamaah tabligh` kerana usaha ini telah dibuat oleh para anbiyaa`(Nabi) alaihish shollatu wassalam yang telah dihantar oleh Allah subhanahu wata’ala sebanyak 124.000 yaitu mengajak manusia supaya kenal Allah, beriman dengan Allah, yakin dengan kudrat Allah, yakin penyelesaian masalah ada di dalam amal agama bukan di dalam `maal` (kebendaan). Ummat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah diberi peluang untuk buat usaha yang sangat mulia ini kerana sebelum kita diwujudkan (dilahirkan dimuka bumi), usaha ini hanya ditugaskan oleh Allah untuk para Anbiya alaihish shollatu wassalam, yang mana mereka termasuk orang yang maksum dan suci.

Selama ini banyak keraguan banyak orang mengenai silsilah kerja Nabi ini. Banyak yang mencemooh orang yang melakukan kerja dakwah yang mulia ini. Sesungguhnya usaha ini adalah usaha yang haq (benar) dan merupakan hadiah terbesar untuk Ummat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Usaha ini mempunyai silsilah bersambung sampai kepada Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Maulana Ilyas rahmatullah ‘alaih berkata bahwa “Usaha yang aku buat ini bukan usaha yang dibuat sekarang. Andai aku lakukan usaha yang ada sekarang maka aku bukan kedepan, malah aku ketinggalan sejauh 1400 tahun. Inilah ketinggian fikir seorang penyambung usaha yang mulia.” Perlu kita ketahui juga bahwa ada beberapa amalan tariqat yang juga mempunyai silsilah sampai kepada Rasulullah. Tapi itu bukan maksud utama untuk ummat ini diutus, sehingga Allah letakkan ummat ini pada satu kedudukan yang tertinggi dibanding ummat terdahulu.

Telah diturunkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan terus pada para Ulama’ hingga saat ini. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada hari perhimpunan Haji Wada’, 9 Dzulhijjah tahun 9 Hijrah, hari jum’at, selepas shalat ashar “Sampaikan dari ku walaupun satu ayat..”

1) Rasulullah shallallah ‘alaihi wasallam

2) Abdullah bin ‘Umar bin al-Ash radhiyallahu ‘anhu

3) Abu Qasiyyah rahmatullah ‘alaih

4) Hassan bin Autiyyah rahmatullah ‘alaih

5) Auza’i rahmatullah ‘alaih

6) Dahhak bin Makhlash rahmatullah ‘alaih

7) Amirul Mukminin Fi Hadits wa Imamul Muhaditsin, Muhammad bin Isamail bin Al-Barzabah Al-Bukhari rahmatullah ‘alaih

8) Muhammad bin Yusuf Al-Qarbawi rahmatullah ‘alaih

9) Muhammad bin Ahmad At-Tarukhi rahmatullah ‘alaih

10) Muhammad Abdullah Muhammad bin Muzaffar Al-Ra’udi rahmatullah ‘alaih

11) Abdul Awwal Abdul Rahman bin Isa al-Harawi rahmatullah ‘alaih

12) Abu Hussain bin Mubarak Al-jabiili rahmatullah ‘alaih

13) Muhammad bin Ibrahim At-Tanukhi rahmatullah ‘alaih

14) Ahmad bin Ali bin Ahmad bin Hajar Al-Ashqolani Al-Khinani rahmatullah ‘alaih

15) Zainul Abidin Muhammad bin Zakariyya Al-Ansari rahmatullah ‘alaih

16) Syamsuddin Muhammad bin Ahmad Ar-Romawi rahmatullah ‘alaih

17) Muhammad bin Ahmad bin Quddus rahmatullah ‘alaih

18) Ahmad Al-Qusyayi rahmatullah ‘alaih

19) Ibrahim Al-Qurdi rahmatullah ‘alaih

20) Abu Tahir bin Ibrahim Al-Qurdi rahmatullah ‘alaih

21) Maulana Muhammad bin Abdul Rahim rahmatullah ‘alaih

22) Syah Waliyullah Muhaditsin Al-Dehlawi rahmatullah ‘alaih

23) Maulana Abdul Aziz Al-Dehlawi rahmatullah ‘alaih

24) Maulana Muhammad Bin Ishaq Al-Dehlawi rahmatullah ‘alaih

25) Maulana Muhammad bin Ali Al-Dehlawi rahmatullah ‘alaih

26) Maulana Abdul Ghani Al-Dehlawi rahmatullah ‘alaih

27) Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rahmatullah ‘alaih

28) Maulana Muhammad Ilyas bin Ismail Al-Kandahlawi rahmatullah ‘alaih

29) Maulana Muhammad Yusuf bin Ilyas Al-Kandahlawi rahmatullah ‘alaih

30) Maulana ‘Inamul Hassan Al-Kandahlawi rahmatullah ‘alaih

31) Maulana Muhammad Saad Al-Kandahlawi dan Maulana Zubairul Hassan Al-Kandahlawi (ulama yang menjadi syura usaha dakwah dan tabligh sekarang)

Seorang islam yang sebenarnya tidak sepatutnya menunggu banyak bukti untuk beriman dan beramal. Apa yang dibawa oleh Rasulullah sepatutnya diikuti tanpa adanya bukti-bukti yang lain.

Wallahu’alam….

Thursday 11 September 2014

Adab masuk rumah baru


ADAB-ADAB MASUK RUMAH BARU....
Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru anda adalaah seperti berikut:
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikuti panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).

Tuesday 9 September 2014

Sifir

��Very menarik:

��jika:
A B C D E F G H I J K LM N O P Q R S T U V W X Y Z
Sama dengan:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

��maka,

��H+A+R+D+W+O+R+K;
8+1+18+4+23+15+18+11=98%

��K+N+O+W+L+E+D+G+E;
11+14+15+23+12+5+4+7+5=96%

��L+O+V+E;
12+15+22+5 = 54%

��L+U+C+K ;
12+21+3+11 = 47%

��Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%?

��Wang? NO!

��M+O+N+E+Y= 13+15+14+5+25=72%

��Leadership? NO!

��L+E+A+D+E+R+S+H+I+P= 12+5+1+4+5+18+19+8+9+16=97%

��Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah "ATTITUDE"... (sikap ) kita.

��A+T+T+I+T+U+D+E ;
1+20+20+9+20+21+4+5 = ��%

Oleh Itu, dengan ATTITUDE kita terhadap kehidupan & pekerjaanlah yang membuat kita  ��%Successful.

menakjubkan Mathematics��������

Kurangkan 5 makanan putih


1. Nasi - nasi akan diproses menjadi gula. Gula berlebihan adalah punca penyakit diabetis yg akan membawa kpd darah tinggi, lemah jantung dan sakit buah pinggang. Makan nasi sekali sahaja sehari sudah memadai. Sebagai alternatif pilihlah beras perang atau "unpolished rice".
2. Tepung - tepung dihasilkan daripada gandum yang juga akan diproses menjadi gula. Pilih tepung atta sebagai ganti kerana tepung atta dihasilkan daripada kekacang bukan gandum.
3. Susu pekat manis - susu pekat manis adalah "ibu" gula. Dihasilkan daripada isirong kelapa sawit bukannya susu yang sebenar pun. Pilihan terbaik ialah susu kambing asli, jika tak dapat yang segar yang tepung pun bagus. Susu kambing kaya dengan antibodi dan mudah dihadam. Pastikan ia betul asli tiada campuran lain.
4. Gula putih - gantikan dengan madu asli organik, gula melaka, gula perang atau stevia. Apapun tambahkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan/minuman.
5. Garam - pilih garam bukit atau garam laut dan elakkan menambahkan garam ke dalam masakan ketika ia masih panas kerana ia akan memusnahkan khasiat garam itu.
Tambahan:
* Menurut kajian yang dijalankan oleh IJN, individu yang mengambil teh tarik dan roti canai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu berisiko menghidap penyakit jantung pada usia 30 tahun.
* Air kelapa sangat baik untuk diminum kerana ia bersifat alkali, dapat meneutralkan asid di dalam perut. Elakkan air berkarbonat kerana kandungan gulanya sangat tinggi!
* Makanan sunnah seperti minyak zaitun dan habbatus sauda juga amat baik untuk dijadikan menu harian inshaAllah^^
Umat Islam WAJIB jaga kesihatan kerana tubuh badan ini adalah amanah dan ia hanya dipinjamkan kepada kita oleh Allah s.w.t
Dr Hasni Mohammed
CEO Sek Islam
**Copy & Paste**

Sunday 7 September 2014

Cara Mudah Menjadi Pengendali Program Kaedah Ansuran


Kaedah belian secara ansuran akhir-akhir ini nampaknya semakin hot. Ada juga yang menganggap ianya money game. Bila ditanya bagaimana syarikat boleh beli dengan harga tinggi dan menjana keuntungan, ramai yang tak dapat jawab termasuklah para agen/wakalah/kuda perang dan lain2 yang sewaktu dengannya. 

Jadi biarlah saya terangkan secara ringkas bagaimana flow kaedah ini dijalankan agar segala kekusutan anda hilang. Insya' Allah lepas saya ajar cara-caranya anda juga boleh menjadi pengendali program seperti yang lain, malah mungkin lebih baik dan power.

Syarat Utama :
1- Stok Penimbal
Tujuan utama stok penimbal adalah sebagai back up. Pastikan anda mengambil order tidak lebih dari stok penimbal yang anda ada.

2- Ratio.
Sila jaga ratio anda.
Ratio yang paling selamat adalah 1:1:1
Contoh 》1000g di arrahnu :  Cash bernilai 1000g di tangan : 1000g emas di tangan. Anda juga boleh mengubah ratio ini mengikut kesesuian anda.

Syarat tambahan :
Stok emas di dalam ETA
Stok emas di Tempahan Berbuyback

Katakan harga tawaran pembelian 100g Pamp Suisse secara ansuran adalah setinggi RM22,000 dengan cash back sebanyak RM10,000 dan bayaran ansuran sebanyak RM1000 selama 12 bulan.

Berikut adalah cara yang paling mudah.

1 - Sebaik sahaja emas tiba di tangan anda, pajak emas tersebut di arrahnu dan gunakan duit pajakan tersebut untuk membayar cash back sebanyak RM10,000. Andaikata nilai marhun RM155/g dan nilai pinjaman 70%, anda masih ada lebihan cash sebanyak rm800 selepas membayar cash back.

Jadi di sini anda dah jana profit sebanyak rm800 bagi setiap 100g. Jika 10,000g maka anda sudah untung RM80,000.

Lebihan cash yang diperolehi ini WAJIB digunakan untuk menambah stok penimbal emas anda.

2- Emas di dalam arrahnu anda perlu niagakan untuk menjana profit dan membayar ansuran pelanggan.

Anda boleh menjualnya dengan pelbagai cara. Salah satunya dengan cara ETA. Anda juga boleh menjualnya as ready stock jika anda telah order stock penimbal secara ETA.

Perbezaan nilai marhun dengan nilai pajakan yang tinggi membolehkan anda menjana profit sekurang-kurangnya RM20/g bagi setiap cycle.

Ini bermakna bagi setiap 100g anda memperolehi keuntungan sebanyak RM2000. Anda hanya perlu peruntukan RM1000 sahaja untuk membayar ansuran pelanggan. Jadi anda sudah menjana keuntungan sebanyak RM1000 bagi setiap 100g. Jika 10,000g bermakna anda sudah menjana RM100,000.

Sekiranya berlaku kenaikan harga anda boleh overlap untuk mendapat instant cash untuk menambah keuntungan.

Akhir kalam, cara yang saya tunjukkan ini hanyalah 1% dari beribu teknik yang ada. Jika anda bijak mengatur strategi dan mengolah serta pandai memanipulasi keadaan profit keuntungan boleh menjangkau sehingga dua atau empat kali ganda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...