Setelah anda semua biasa dengan Arrahnu dan mahir membuat kiraan Upah Simpan dan sebagainya...Kita boleh masuk Bab MULTIPLY.
A B C D : E F G H : I J K L
Katakan anda ada 12 bentuk cincin setiap satu berat 2 gm sebentuk. Anda beli Rm 140/gm Maka kos anda ialah Rm 280 x 12 = Rm 3,360
Katakan anda nak menambah Modal...Maka Pajakan A B C D. dan E F G H.
Andaian Marhun Rm 135 : Maka anda dapat Rm 135 x 16 gm x 0.7 = Rm 1,512
Minta Arrahnu buat 2 surat dan lebih baik 4 surat. Ada sebabnya. Ia untuk memudahkan penebusan keluar.
Persedian. Ambil Gambar serta Saiz Cincin tersebut. Jika Rantai Atau Gelang ambil Panjang , Diameter serta Lebar.
Dapat Rm 1,512 anda beli lagi cincin..katakan Rm 140/gm maka Rm 1,512/140 = 10.8 gm atau 5 bentuk Cincin. Lebihan simpan buat makan Roti Canai dan Kopi Jantan.
Maka anda sudah ada Cincin M N O P Q.
Anda Pajakan Cincin M N O P Q untuk mendapat Rm 135 x 10 gm x 0.7 = Rm 945
Beli lagi Rm 945/140 = 6.75 gm atau 3 bentuk CIncin.
So anda sudah ada R S T
Pajak : Anda dapat Rm 135 x 6 x 0.7 = Rm 567
Beli lagi Rm 567/140 = 4.05 gm atau 2 bentuk Cincin
Anda ada Cincin U V
Pajak Cincin U V untuk mendapat Rm 135 x 4 gm x 0.7 = Rm 378
Beli lagi Rm 378/140 = 2.7 gm atau 1 bentuk Cincin
Anda ada Cincin W
Pajak Cincin W untuk mendapat Rm 135 x 2 gm x 0.7 = Rm 189
Anda boleh perhatikan bahawa Cincin cincin anda bertambah banyak..iaitu 23 bentuk semuanya. anda ada 19 bentuk CIncin di dalam Arrahnu dan 4 bentuk cincin di tangan.
Ini adalah kaedah MULTIPLY paling selamat.
Jangan sesekali Join SKIM 30 : 70 atau 35 : 65 Itu semua akan membunuh anda dan Arrahnu. Berapa ramai orang tersontot dan Arrahnu tidak dapat beroperasi lagi akibat SKIM 30 : 70.
Jangan sesekali menghabiskan semua stok di tangan. DONT DO THAT !
Apa yang DEN tunjukan ini hanya simulasi sahaja..Bermaksud anda bahagikan STOK EMAS anda kepada 3 BAHAGIAN...Pajak dan Multiply sampai habis hanya 2 bahagian sahaja.
Untuk MULTIPLY kaedah ini ambil Max Marhun dan Max Peratus pinjaman.
No comments:
Post a Comment