Sunday, 19 April 2015

Apa jd ibu susuan jika kita berikan susu yg di perah pd bayi yg lain..

jawapan, ibu susuan:

secara zohirnya, apa jua bentuk susuan dapat menjadikan asbab haramnya pernikahan antara yg menyusu dengan yg memberi susu. ( yakni telah menjadikan mereka sebagai mahram ).

akan tetapi sukalah disini saya menerangkan bahawa berlakunya anak susuan ini mestilah memenuhi beberapa syarat atau beberapa keadaan.

pertama : jika mengikut mazhab syafi’e, bayi hendaklah berumur di bawah 2 tahun, jadi kalau la ni syed man yg minum susu dari satu orang perempuan, minumlah banyak mana sekali pun, dia tak akan jadi ibu susuan syed man. sebagaiman sebuah hadis yg diriwayatkan oleh ibnu abbas r.a katanya:

عن ابن عباس قال: لارضاع الافي الحو لين….

yg bermaksud: "tak akan dikatakan susuan, kecuali sebelum umur 2 tahun.”

yg kedua: hendaklah ia menyusu sebanyak 5 kali, yg mana setiap kalinya dalam keadaan kenyang, atau boleh diukur melalui waktu menyusunya dari awal sehinggalah bayi tersebut melepaskan sendiri puting tersebut dengan tanpa paksaan, sama ada minum terus dengan menyedut puting susu pada satu orang wanita, atau minum susu yg telah di pam susu badan satu orang wanita yg telah diletakkan dalam botol, atau dituangkan menggunakan saluran paip masuk melalui hidung bayi tersebut, atau apa jua keadaan yg boleh membuatkan bayi tersebut kenyang dengan air susu itu dalam satu2 masa.

maksud 5 kali itu, adalah 5 kali susuan dalam waktu yg berbeza.

bermakna, jika kurang dari 5 kali seperti yg diterangkan, maka tiada ke atas mereka itu haram untuk berkahwin jika ditakdirkan berlaku ( tiada sempurna ikatan mahram ). sebagaimana sebuah hadis yg diriwayatkan oleh aishah r.anaha dengan katanya:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لاتحرم المصة ولا المصتان ….

yg bermaksud:” telah bersabda rasulullah s.a.w : tidak haram kahwin kerana sekali atau dua kali susuan.”

cuma jika mengikut mazhab imam hanafi, sedikit atau banyak susuannya hukumnya adalah sama, yakni haram keatas mereka berkahwin ( telah sempurna mahramnya ). sebagaimana sebuah hadis yg di datangkan oleh u’qbah bin hariths r.a dengan katanya:

تزوجت ام يحيى بنت ابي اهاب فجاء ت امة سوداء فقالت قدار ضعتكما فأتيت النبي صلى الله عليه وسلم : فذ كرت له ذلك، فقال وكيف وقد قيل…؟ دعها عنك..

yg bermaksud:” saya pernah berkahwin dengan ummu yahya puteri abi ihab, lalu datanglah seorang wanita hitam lalu menerangkan kepada saya bahawa kamu berdua ni pernah saya susui, lalu saya telah pergi kepada Nabi s.a.w dan menceritakan hal tersebut, maka sabdanya: kenapa boleh jadi begini..? dan Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya menceraikan akan dia.”

bagi pandangan imam hanafi, didalam hadis diatas, baginda Nabi s.a.w tidak bertanya berapa kali susuannya terjadi, tetapi yg diambil adalah susuannya, maka dengan inilah bahawa mazhab imam hanafi telah membuat kesimpulan melalui hadis ini dimana sedikit atau pun banyak, sekali atau beberapa kali bukanlah menjadi ukurannya, sebaliknya bila mana seorang wanita itu telah memberi air susunya dalam bentuk apa pun, maka ia telah pun menjadi haram pernikahan antara keduanya ( sempurna mahramnya ).

masaalah: bagaimana jika air susu yg bercampur..?

al jawab: maulana zawawie:

menurut feqah mazhab imam syafi’e, banyak mana pun campuran air susu dari seorang wanita yg akan diberikan kepada bayi susuannya, yakni air susu seorang wanita bercampur dengan susu kambing atau air biasa atau makanan, atau ubat sekali pun, selagi mana sifat susu tersebut tidak berubah yakni dari sudut warnanya, maka ia akan tetap dikira sebagai susu yg menjadi susuan yg sempurna.

sebaliknya jika mengikut feqah mazhab hanafi dan maliki, bila mana campuran tersebut tidak melebihi susu itu, maka ianya akan dianggap susu yg menjadi susuan yg sempurna,  namun jika campuran itu melebihi dari susu itu walau pun sifat susu itu masih ada, ianya tetap akan dihukumkan tidak sempurna untuk dijadikan susuan keatas seorang bayi.

wallahuta’ala’alam…

semoga dapat amal dan sampaikan insya’allah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...