Wednesday, 22 April 2015

Lukis gambar kartun mausia (doodle) tu boleh ke tak boleh? Gambar tu viral sekarang. Tetapi ada seorang tegur bahawa nanti kat akhirat akan disoal. Benarkah?

wa’alaikumusalam…ummu umar,

jawapan:saya tak pasti gambar kartun yg dimaksud tu... Dan tak pernah tengok pun...

cuma jikalau lukisan yg menyerupai makhluk bernyawa telah pun disepakati oleh jumhur ulamak khalaf mahu pun salaf, bahwa hukumnya adalah haram, bilamana gambar tersebut diambil atau dilukis semata mata untuk tatapan umum atau menjadikannya perhiasan didinding2 rumah dan pejabat. Sebagaimana telah berkata ibnu abbas r.a : aku telah mendengar rasulullah s.a.w bersabda:

كل مصور في النار يجعل له بكل صورة صورها نفس يعذب في نار جهنم..
                               ( رواه البخاري ومسلم )

Yg bermaksud:" semua pelukis di neraka, dijadikan setiap gambar yg dilukisnya bernyawa, lalu dikenakan siksa didalam neraka jahannam".

Begitu juga sabda Nabi s.a.w yg lain:

من صور صورة في الدنيا كلف أن ينفخ فيها الروح يوم القيامة، وليس بنافخ فيها أبدا...
                                   ( رواه البخاري ومسلم )

Yg bermaksud:" barang siapa yg membuat gambar didunia ini, maka dia akan dipaksa meniupkan roh pada gambar itu pada hari kiamat, sedangkan dia tidak akan mampu meniupkan roh padanya itu".

Dan begitu pula sabda Nabi s.a.w  seterusnya:

يخرج عنق من النار يوم القيامة، فيقول، إني وكلت بثلاثة: بكل من دعا مع الله إلها آخر، وبكل جبار عنيد، وبالمصورين.
                                           ( رواه الترمزي )

Yg bermaksud: " akan keluar nanti dari dalam neraka pada hari kiamat satu ekor binatang yg sangat ganas, lalu berkata: sesungguhnya aku ditugaskan untuk mencari tiga jenis manusia yaitu:

1. Bagi orang2 yg mengaku ada tuhan selain dari Allah s.w.t.

2. Dikalangan pemimpin yg kejam.

3. Dikalangan pelukis atau tukang gambar.

Dan dalam sebuah hadis yg lain telah bersabda Nabi s.a.w:

لاتد خل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة..
                                           ( رواه الشيخان )

Yg bermaksud:" malaikat tidak akan memasuki rumah yg ada didalamnya anjing dan gambar".

Begitu juga sebuah hadis yg lain telah bersabda Nabi s.a.w :

لاتد خل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة ولاجنب.
                                            ( رواه أبو داود )

Yg bermaksud:" malaikat tidak akan memasuki rumah yg ada didalamnya anjing, gambar dan orang berjunub".

Cuma dalam bab ini kadang2 ada dikalangan manusia yg telah rosak imannya berkata: baguslah supaya malaikat maut tak masuk rumah kita.

Sebenarnya yg tidak masuk itu adalah malaikat rahmat bukannya malaikat maut. Maka telah berkata imam hanafi, mana2 rumah yg tedapat didalamny anjing atau gambar2 yg bergantungan didinding sebagai perhiasan itu sentiasalah  mereka ini terputus dari rahmat Allah s.w.t..

Tetapi terdapat sebahagian pendapat ulamak mutkhirin bahawa,jika lukisan tersebut dilukiskan untuk simpanan peseorangan dan bukannya untuk tatapan umum atau pun sebagai perhiasan dinding, atau di ambil untuk sebagai pengenalan diri, yakni gambar berbentuk ic, pastport dan sebagainya maka itu diharuskan oleh syarak..

wallahuta’ala’alam..

semoga dapat amal..insya’allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...