wa’alaikumusalam….azzizul,
jawapan, untuk mengenali hadis shahih mahu pun dhaif adalah satu perkara yg sangat rumit untuk diterangkan melainkan jika kita bersedia untuk korbankan masa bagi mempelajari setiap perincian mengenai ilmu hadis, yg biasanya dilalui oleh setiap pelajar2 madrasah yg sedang menduduki pengajian islam ( alim ) sepenuhnya.
untuk itu, kebiasaannya asas utama sebelum seseorang itu menduduki pengajian hadis, adalah sangat2 wajib ia memahami beberapa cabang ilmu yg penting seperti bahasa arab, faqeh dalam ilmu sorof, nahu dan balaghah.
dan dari sudut keuntungannya pula bilamana seseorang itu faqeh dalam ilmu hadis, maka dengan mudah ia mengenali yg mana hadis shahih atau pun dhaif, dan yg mana pula hadis perintah mahu pun perkhabaran.
kerana setiap hadis yg datang dari Nabi s.a.w atau pun sahabat itu mempunyai maksud yg tersendiri, dan maksud tersebut tidak boleh difahami dengan hanya kita memahami bahasa arab sahaja, sebagaimana yg berlaku hari ini ramai dikalangan yg faseh berbahasa arab mentafsirkan hadis2 Nabi dengan menggunakan akal fikiran mereka, sedangkan kefahaman tersebut hanya akan didapati melalui kesempurnaan pengajian ilmu hadis itu sendiri.
namun sebagai jawapan dari sudut ilmiah, saya akan terangkan serba sedikit tentang pengenalan hadis shahih dan dhaif ini..
azzizul, asal bagi pembahagian hadis ialah 3 bahagian:
1.shahih.
2.hassan.
3.dhaif.
shahih ialah darjat yg paling tinggi, dhaif ialah darjat yg paling rendah, dan hassan pula adalah darjat pertengahan. dan keseluruhan istilah ilmu hadis seperti marfu’, maqtu’, mauquf, muttasil, mu’allaq, syaz, mungkar, mu’allal, dan lain2nya termasuklah dalam 3 ketegori ini.
shahih bermaksud, ialah hadis yg sabit dengan riwayat seseorang yg adil dengan sempurna dan sebagainya, hadis itu tidak mu’allal dan tidak pula syaz, jika sifat2 ini didapati secara kamal ( pada rawi ) dan sempurna maka hadis itu dinamakan hadis shahih li zatihi. dan jika terdapat kekurangan dan didapati sesuatu yg boleh menampung kekurangan tersebut, seumpama hadis tersebut banyak turuq, maka hadis tersebut dinamakan hadis shahih li ghairihi. ( oleh itu hadis shahih li ghairihi asalnya ialah hadis hassan li lizatihi ). jika tidak didapati sesuatu yg boleh menampung kekurangan tersebut, maka hadis itu asalnya ialah hadis hassan li zatihi.
dan hadis yg tidak dapat syarat2 yg mu’tabar pada hadis shahih, sama ada kesemuanya atau sebahagiannya ( seperti salah seorang perawi itu tidak adil dan dabtnya tidak sempurna, atau dia adil tetapi dabtnya tidak sempurna, atau pun dabtnya sempurna tetapi dia bukan seorang yg adil, maka hadis itu ialah hadis dhaif.
dan jika hadis dhaif itu mempunyai turuq yg berbilang lagi dapat menampung kelemahannya, maka ia dinamakan hadis hassan li ghairihi.
seterusnya berdasarkan daripada zahir perkataan muhaddisin, adalah harus bahawa kesemua sifat yg ada pada perawi hadis shahih itu kurang pada perawi hadis hassan, yakni zahirnya macam kesemua sifat2 yg disebutkan itu naqis. tetapi sebenarnya kekurangan itu hanyalah harus pada satu sifat sahaja yaitu kamil dabtnya sedangkan sifat2 yg lain itu tetap pada keadaannya. ( jika sifat hafazahnya kurang dan sifat yg lain masih ada, maka hadis tersebut dipanggil hadis hassan. )
keterangan :
khabar pula terbahagi kepada 3 bahagian:
1.mutawwatir.
2.masyhur.
3.khabar wahid.
dan khabar wahid pula terbahagi kepada 3 bahagian:
1.shahih.
2.hassan.
3.dhai’f.
namun walau pun disini disebut 3 jenis pembahagian tetapi secara tafsilnya terdapat 5 bahagian:
1.shahih li zatihi
2.shohih li ghairihi.
3.hassan li zatihi
4.hassan li ghairihi.
5.dhai’f.
والعدا الة ملكة في الشخص تحمله علي ملازمة التقوى والعوراد بالتقوى اجتناب الأعمال الشيئة من الشرك والفسق والبدعة وفي الاجتناب عن الصغيرة خلاف والمختار عدم اشتراطه لخروجه عن الطاقة إلا الإصرار عليها لكونه كبيرة. والمراد بالمروة التنزه عن بعض الخسائس والنقائص التي هي خلاف مقتض الهمة والمورءة مثل بعض المبا حات الدنية كالاكل والشرب في السوق والبول في الطريق وأمثال ذلك..
yg bermaksud: 'adalah adalah berkeupayaan pada diri seseorang yg membolehkannya menghindari ( berterusan ) dengan taqwa dan muru’ah. dan maksud taqwa ialah menghindari perbuatan buruk seperti syirik, fasiq dan bida’ah. dalam menghindari dosa kecil telah terdapat perbezaan pendapat. pendapat yg terpilih ialah ianya tidak disyaratkan ia terkeluar dari keupayaan manusia, melainkan berterusan dalam melakukan dosa kecil, kerana ianya akan jadi besar. dan maksud muru’ah ialah mengelakkan diri daripada perkara2 yg keji dan perkara yg boleh menjatuhkan jati diri dan maruah seperti sebahagian perkara harus yg rendah seumpama makan dan minum dipasar, atau kencing dijalanan dan sebagainya.
keterangan:
adalah ia menjadi satu kemahiran yg hebat, yg akan terhasil dengan menjaga 2 perkara yaitu taqwa dan maruah.
makna taqwa disini, sebagaimana yg dijelaskan tadi adalah menghidarikan diri daripada syirik, fasiq dan bida’ah. adapun menghidarkan diri daripada dosa besar terdapat ikhtilaf. pendapat yg mukhtar ( terpilih ) ialah tidak disyaratkan menghidarkan diri daripada dosa kecil kerana ‘ismah ( maksum ) itu hanya untuk nabi2 sahaja. ianya terkeluar daripada kemampuan manusia biasa. Nabi s.a.w sahaja yg terselamat daripada dosa kecil. tetapi janganlah berterusan dalam melakukan dosa kecil kerana ianya akan menjadi dosa besar.
لاصغيرة مع الإصرار، ولا كبيرة مع الاستعفار…
“dosa itu tidak dianggap kecil jika ia dilakukan secara berterusan, dan dosa besar itu akan terampun dengan melakukan taubat dan istighfar.
syarat taqwa,ialah menghindarkan diri dari 5 perkara:
1.kufur.
2.syirik.
3.bida’ah.
4.dosa besar.
5.berterusan dalam melakukan dosa kecil.
setiap orang yg beriman mesti mengusahakan sifat taqwa sebanyak 3 peringkat, sepertimana penerangan taqwa dalam surah al ma’idah,
ليس عل الذبن ءامنوا وعملوا الصلحت جناح فيما طعموا إذا ما اتقوا وءامنوا وعملوا الصلحت ثم اتقوا وءامنوا ثم اتقوا وأحسنوا والله يحب المحسنين.
yg bermaksud:” tidak ada dosa bagi orang2 yg beriman serta mengerjakan amal yg soleh pada apa yg telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yg soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan memperbaiki amalan mereka dan Allah s.w.t menyukai orang2 yg sedemikian.”
terdapat 3 peringkat taqwa yg diterangkan oleh ayat diatas,
1.menghindarkan diri daripada syirik jali.
2.menghindarkan diri daripada semua dosa besar.
3.menghindarkan diri daripada ma siwa Allah s.w.t ( yakni meyakini selain daripada Allah s.w.t ), dan yg terakhir ini adalah yg paling sukar.
muruwwah ( penjaga maruah ) ialah menghindarkan diri daripada semua perkara yg rendah dan hina yg bersalahan dengan sifat jati diri sebagai seorang insan dan merendahkan kedudukannya walau pun ia harus pada syara’ seperti makan direstoran. maka disisi muhaddisin, mereka yg didapati makan dihotel2 tidak akan diterima pengriwayatannya, atau pun seperti membuang air kecil ditepi jalan, walau pun ia mubah ( harus ) tetapi ia tidak mahmud ( dipuji ).
ingin menjadi seorang insan pun satu perkera yg sukar, apatah lagi menjadi seorang muslim yg mukmin. Allah s.w.t menjadikan insan sebagai sebaik baik makhluk,
لقد خلقنا الإ نسان في أحسن تقويم..
yg bermaksud:” sesungguhnya Allah menciptakan insan itu adalah sebaik baik makhluk.”
jika manusia menyedari syarafah ( kemuliaan ) seorang insan maka dia tidak akan berbohong walau pun dia seorang kafir.
( adl ur-riwayah dan us-syahadah.)
وينبغى أن يعلم أن عدل الرواية أعم من عدل الشهادة فإن عدل الشهادة مخصوص بالحر وعدل الرواية يشتمل الحر والعبد والعمراد بالضبط حفظ المسموع وتثبيته من الفوات والاختلال بحيث يتمكن من استحضاره وهو قسمان ضبط الصدر وضبط الكتاب. فضبط الصدر بحفظ القلب ووعيه وضبط الكتاب بصيانته عنده إلى وقت الأداء..
adalah penting untuk diketahui bahawa adl ur riwayah ( adil dari sudut meriwayatkan hadis ) lebih umum daripada adl us syahadah ( adil daripada menjadi saksi di mahkamah ), adl us syahadah dikhususkan kepada orang yg merdeka, sementara adl ur riwayah merangkumi merdeka dan hamba.
dan maksud dabt ialah dapat menghafal sesuatu yg didengar dan memeliharanya dari terlupa dan bercampur aduk. dari sudut dia ( rawi ) mampu menghadirkannya ( yakni sewaktu dia ingin menyampaikan hafalannya ) dan dabt ul kitab ( tulisan kitab), dan dabt terbahagi kepada 2 bahaian: pertama, dabt us sadr ( ingatan dihati ), dan dabt ul kitab ( tulisan pada kitab ). dabt us sadr ialah dengan hafalan hati dan memahaminya, dan dabt ul kitab ialah memeliharanya disisinya sehingga waktu beliau menyampaikan hadis tersebut.
keterangan:
berdasarkan keterangan ini seorang hamba boleh diterima periwayatannya apabila dia seorang yg adil lagi kuat hafalannya.
dabt terbahagi kepada 2: dabt bi as sadr dan dabt bil kitab. dabt bi as sadr ialah dia menghafal apa yg dia dengarinya itu dan memeliharanya daripada terlupa dan bercampur aduk seperti berlakunya taqdim dan ta’khir pada lafaz2 yg didengarinya. janganlah sampai ia terlupa apa yg dia hafalnya itu, bahkan sebagaimana yg dia dengar seperti itulah yg dia hafal, dia juga mampu mengistihdharkan (menghadirkan) apa yg dia hafalnya itu apa bila ingin memberitahunya kepada orang secara spontan dan memahaminya.
dan dabt bil kitab pula, ialah dia menulis dan menyimpannya ditempat yg tidak selamat seperti dirumah kawannya, maka dabt nya tidak akan diterima dan periwayatannya ditolak.
terdapat satu kisah seorang pelajar yg bijak, yg mana ia mampu menghafal seluruh al quran selama setahun, dan melakukan syahadah beberapa bulan selepasnya, didalam syahadahnya tidak ada satu kecacatan pun dari sudut bacaan, hafalan dan sebagainya. namun setelah diminta guru2 nya memberi komen, maka gurunya berkata pelajar ini membacanya dengan hafalan tapi bukan dengan hati, begitu jugalah kisah hadrat syaikh menghafal seluruh al quran setiap hari selama 6 bulan, setelah selesai menghafal al quran selama 6 bulan, syaikh dikatakan al quran seolah olah berada dihadapannya.
seterus berkaitan dengan ‘adalah, maka kritikan2 yg bersangkut paut dengannya ada 5:
1.kazib.
2.ittiham bil kazib.
3.fisq.
4.jahalah.
5.bida’ah.
yg dimaksudkan dengan pendustaan rawi ialah sabit pendustaannya pada hadis Nabi s.a.w sama ada dengan ikrar pendusta itu sendiri atau dengan tanda2 yg lain. hadis yg diriwayatkan oleh perawi yg dikritik berdusta di namakan hadis maudu’, sesiapa yg telah sabit daripadanya, yakni sengaja berdusta pada hadis walau pun berlakunya ( pendustaan itu ) sekali seumur hidupnya dan walau pun ia telah bertaubat daripada perbuatan tersebut, tetap hadisnya tidak akan diterima selama lamanya.
perkara ini telah bersalahan dengan saksi dusta, apabila dia telah bertaubat maka penyaksiannya akan diterima semula.
keterangan:
tho’an yath’an ( kritik atau mengkritik ) adalah memberi makna menzahirkan kea’iban. tho’an yg bersangkut paut dengan ‘adalah pula mempunyai 5 bentuk, yakni jika salah satu dari lima perkara ini di dapati pada seseorang, maka dia terkeluar daripada sifat adl ur riwayah dan tidak akan lagi dipanggil seorang yg adil. yg dikatakan lima bentuk itu ialah: kazib, ittiham bil kazib, fisq, jahalah dan bida’ah, yaitu melakukan sesuatu perbuatan yg bersalahan dengan agama, dan menganggap ia adalah agama.
maksud kazib, ialah seorang rawi yg pendustaannya pada hadis Nabi s.a.w. dan pendustaan rawi itu dapat diketahui sama ada dengan ikrarnya sendiri, seperti dia berkata: riwayat yg aku riwayatkan sebelum ini, sebenarnya aku telah menipu kamu, atau dengan tanda2 yg lain. dan hadis yg diriwayatkan oleh perawi yg dikritik berdusta di namakan hadis maudu’.
maksud maudu’ ada dua makna, perta : letak. dan yg kedua: merangkumi, atau meliputi, atau menyimpulkan. maka makna yg dikehendaki disini adalah makna yg kedua, yaitu dirangkumkan kesemua hadis yg diriwayatkan oleh perawi itu sebagai hadis maudu’. maka sesiapa yg terlibat daripadanya yakni sengaja berdusta dengan hadis Nabi s.a.w, maka semua hadis yg diriwayatkannya dihukumkan sebagai hadis maudu’. walau pun pendustaannya itu berlaku hanya sekali seumur hidupnya, atau pun dia hanya meriwayatkan satu sahaja hadis maudu’, dan walau pun dia telah bertaubat dengan perbuatan tersebut.
kadang2 hadis itu tidak maudu’, tetapi perawi yg meriwayatkan hadis itu telah sabit berdusta pada hadis yg lain, maka semua hadis yg diriwayatkan olehnya kita rangkumkan sebagai hadis maudu’. atau sebagai contoh satu orang perawi telah meriwayatkan satu hadis yg dari sudut maknanya sahih,tetapi ia bukan lah satu riwayat yg sahih, oleh itu setiap hadis daripada rawi ini tidak boleh lagi diterima, walau pun selepas itu dia hanya mendengarkan hadis2 sahih sahaja, atau pun selepas itu dia sentiasa bercakap benar seumur hidupnya.
seterusnya maksud ittiham bil kazib adalah, seseorang itu tidak sabit berdusta dengan hadis nabawi tetapi dia masyhur dan dikenali sebagai pendusta.
fisq pula bermaksud,seseorang itu telah dikritik kerana dia telah melakukan dosa besar. dalam fisq, kazib itu satu perbuatan fasiq juga tetapi dia dikeluarkan daripada umum fasiq kerana buruknya perbuatan kazib itu didalam perkara ini. dan jahalah pula, ialah seorang yg tidak mengetahui mengenai hadis dan dia telah meriwayatkan hadis…
wallahuta’ala’alam..
semoga Allah s.w.t pilih azzizul suatu hari nanti untuk mempelajari keseluruhan ilmiah dalam bidang hadis, dan mendapat kefahaman yg sempurna dalam menyampaikannya bagi ummat ini.
No comments:
Post a Comment