Tuesday, 14 April 2015

Apakah yg perlu dilakukan oleh seorang bapa untuk menyambut kelahiran anaknya ?

Jawapan

1. Setelah mendengar tangisan bayi yg baru lahir yakni bagi sesiapa sahaja yg mendengarnya, maka hendaklah menyampaikan khabar gembira ini pada org lain yg dikenali, sebagaimana firman Allah s.w.t didalam surah as saffat pada ayat yg ke 101:

فبشرنه بغلم حليم..

Yg bermaksud:" maka kami khabar gembira dgn seorang anak yg amat sabar,"

2. Melaungkan azan ditelinga kanan.

3. Di iqomahkan di telinga kiri.

4. Tahnik, yakni mengunyah kurma lalu di gunakan hujung jari untuk membelah mulut bayi dalam keadaan perlahan lahan dengan menggunakan kurma yg telah dikunyah tadi.

Sebagaimana sebuah hadis dari abu musa, ia berkata:
ولد غلام فأتيت به النبي صلى الله عليه وسلم فسماه إبرا هيم فحنكه بتمرة ودعا له بابركة ودفعه إلي، وكان أكبر ولد أبي موسى...

Yg bermaksud: aku telah dikurniakan anak laki2, lalu aku membawanya kepada rasulullah s.a.w, beliu telah memberi nama ibrahim untuk anak itu dan mentahniknya dgn kurma, mendoakannya dgn keberkatan dan memberikannya kepadaku. Ia adalah anak abu musa yg paling besar.

5. Apabila telah cukup 7 hari, maka dianjurkan untuk aqiqah.
Aqiqah adalah asal maknanya ialah rambut yg ada pada kepala bayi yg baru dilahirkan, kemudian kambing disembelih dinamakan aqiqah, kerana rambut si anak dicukur sewaktu kambing disembelih.

Dan ada juga yg mengatakan aqiqah itu adalah penyembelihan itu sendiri.

Di sunnahkan bagi bapa menyembelih dua ekor kambing jika anaknya lelaki, dan seekor kambing jika anaknya perempuan. Sebagaimana sebuah hadis yg diriwayatkan oleh aishah r.anha dgn katanya: telah bersabda Nabi s.a.w:

عن الغلام شاتان مكا فئتان وعن الجارية شاة...

Yg bermaksud:" untuk anak laki2 dua ekor kambing yg cukup umurnya, sementara untuk anak perempuan satu ekor kambing."

Seterusnya pada hari yg sama, hendaklah dicukur rambut bayi tersebut keseluruhannya, dan timbangkan lah rambut tersebut dikedai emas untuk mengetahui berat dan kadar keperluan yg patut dikeluarkan oleh bapa untuk disedeqahkan mengikut harga emas atau perak.

Sebagaimana sebuah hadis yg diriwayatkan oleh anas bin malik r.a dgn katanya:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمر برأس الحسن والحسين يوم سابعهما، فحلقا، وتصدق بوزنه فضة...

Yg bermaksud: bahawa rasulullah s.a.w memerintahkan agar mencukur rambut hasan dan hussain pada hari ke tujuh, maka mereka berdua dicukur, dan beliau bersedeqah dgn harga perak seberat rambut yg dipotong."

6. Maka pada hari rambut bayi dicukur yakni pada hari ke tujuh, maka hari tersebutlah diberi nama ke atas bayi itu, sebagaimana sebuah hadis dari samurah bin jundub r.a katanya: telah bersabda Nabi s.a.w:

كل غلام رهينة بعقيقته تذ بح عنه يوم سابعه ويسمى فيه، ويحلق رأسه..

Yg bermaksud:" setiap anak tertahan dengan aqiqahnya, disembelihkan haiwan aqiqah pada hari ketujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur rambutnya."

Masalah: kalau tak ada kemampuan untuk aqiqah pada hari ke tujuh?

Jawaban: boleh menyempurnakan nya pada hari ke 14, jika tak mampu lagi, boleh menyempurnakan nya pada hari ke 21. Sebagaimana hadis yg diriwayatkan oleh baihaqi dikatakannya:
تذ بح لسبع، ولاربع عشر، ولإحدى وعشرين...

Yg bermaksud:" disembelih pada hari ke tujuh, dan hari keempat belas, dan pada hari ke dua puluh satu."

Seterunya jika tidak mampu juga, maka disunatkan untuk melakukan nya pada bila2 masa sahaja, ini lah sebahgaian pendapat dikalangan ulamak muthakhirin...

Wallahuta'ala'alam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...