Tuesday, 14 April 2015

Apa hukum nye kite sedekah kan bacaan al-fatihah dan bacaan al-quran kpd org yg tlh mninggal dunia ?

Wa'alaikumsalam....

Bab sedeqahkan bacaan al fatihah dan al quran kepada si mati:

Firman Allah s.w.t didalam surah an najm pada ayat yg ke 39:
وأن ليس للإ نسن إلا ما سعى..

Yg bermaksud:" dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yg telah di usahakannya."

Pada dasarnya, seseorang yg telah meninggal sama sekali tidak akan memperolehi apa jua amal yg dilaku oleh orang yg masih hidup kecuali amalan tersebut yg datangnya dari keluarga yg ditinggalkan seperti anak2 dan isteri yg belum berkahwin lain.

Maka selain dari itu ia tetap dalam hukum asal sebagaiman ayat itu diturunkan.

Kerana itu Nabi s.a.w tidak pernah menganjurkan dan membimbing ummatnya untuk menghadiahkan pahala bacaan al quran kepada orang yg telah meninggal. Demikian pula tidak diriwayatkan dari mana2 sahabat pun yg mereka pernah melakukannya, kecuali yg dianjurkan oleh Nabi s.a.w hanyalah memohon keampunan bagi jenazah sebagaimana sabdanya:

استغفروا لأ خيكم وسلوا له بالتثبيت فإنه الان يسأل.

Yg bermaksud," mohonlah keampunan untuk saudara kalian dan mohonlah ketetapan baginya, kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal ( didalam kubur ),

Cuma ada sebahagian dikalangan imam2 muthakhirin yg telah menyatakan ianya sampai melalui harapan dan sangkaan yg baik terhadap Allah s.w.t.

Maka pendapat ini pun boleh digunakan cuma tiada nash dan dalil yg qati'e malainkan melalui isytihad dikalangan ulama muthakhirin sahaja.

Wallahuta'ala'alam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...