DOA MURAH REZEKI LENGKAP
Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yangEngkau kehendaki, dan Engkaulah
yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang
Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan
sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah
sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Engkaulah Ya Allah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu
siang, dan Engkaulah yang
memasukkan waktu siang ke
dalam waktu malam. Engkaulah
juga yang mengeluarkan sesuatu
yang hidup dari benda yang mati,
dan Engkaulah yang
mengeluarkan benda yang mati
dari sesuatu yang hidup. Engkau
jualah yang memberi rezeki kepadasesiapa yang Engkau kehendaki,
dengan tiada hitungan hisabnya.
Engkaulah Allah tiada Tuhan
kecuali Engkau Yang Maha Esa
tida sekutu bagi-Mu. Terlalu Agung
Engkau untuk mempunyai anak,
Terlalu Tinggi Engkau untuk
memiliki sekutu, Terlalu Besar
Engkau untuk mempunyai menteri. Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
tunaikan hajatku dengan hak
Muhammad dan keluarga
Muhammad. Semoga semua shalawatMu selalu tercurahkan kepadanya dan kepada
mereka semua.
Yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang didunia dan akhirat.
Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang
Engkau mahu. Engkau menahan kedua duanya terhadap
sesiapa yang Engkau mahu.
Rahmatilah aku dengan
suatu rahmat yang mencukupi
untukku berbanding rahmat yang
ada pada selainMu.
Ya Allah sesungguhnya waktu
dhuha itu waktu dhuhaMu,
Kecantikan itu kecantikan-Mu Keindahan itu keindahan-Mu
Kekuatan itu kekuatan-Mu,
Kekuasaan itu kekuasaan-Mu
Perlindungan itu perlindungan-Mu…
Ya Allah jika rezeki masih di langit
turunkanlah, Jika di bumi
keluarkanlah Jika sukar
permudahkanlah Jika haram
sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih;
aku berlindung denganMu
daripada lemah dan malas;
aku berlindung denganMu
daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu
daripada bebanan hutang dan
penindasan orang.”
Ya Allah ya tuhan kami tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang
Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
tiada daya dan upaya kami, hanya
kami berharap pada pertolongan
Ya Allah Ya Tuhan kami,
jadikanlah cahaya di dalam hati
kami
jadikanlah cahaya di pendengaran kami
jadikanlah cahaya di hadapan kami
jadikanlah cahaya di belakang kami
jadikanlah cahaya di kanan kami
jadikanlah cahaya di kiri kami
jadikanlah cahaya di atas kami
jadikanlah cahaya di bawah kami
jikalau cahaya itu sukar untuk kami,maka Engkau mudahkanlah
cahaya itu untuk kami jikalau rezekikami dilangit, maka Engkau
turunkanlah
jikalau rezeki kami diperut bumi,
maka Engkau keluarkanlah
Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranyakepada kami satu hidangan dari langit bagi kami,iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat)
daripadamu (yang menunjukkan kebesaran
dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami,
kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezki
Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
kepadaNya aku berserahdiri, dan
Dia lah yang mempunyai Arasy
yang besar Allah Maha Lembut
tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya;
Ia memberi rezeki kepadasesiapa
yang dikehendakiNya dan Dia lah
Yang Maha Kuat,
lagi Maha BerKuasa
No comments:
Post a Comment