Friday 24 January 2014

Menyusuri Jalan Menuju Allah

Alhamdulilah segala puji bagi Allah tuhan sekian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhamad saw rasul utusan Allah....
"Menyusuri jalan menuju Allah" adalah tema blog yg nak kawan pilih sebagai wardah perkongsian bersama pembaca yg budiman semua.

Tagline yg dipilih ialah fikir zikir amal syukur sabar yg mempunyai makna yg tersendiri yg akan di kongsikan utk pertemuan yg akan datang. segala catatan di sini adalah sebagai nota peringatan utk diri sendiri yang masih terumbang ambing dalam menyusuri jalan menuju Allah tuhan pencipta kita....
kita semua akan kembali kpd Allah. samaada kita nak atau tak nak, suka atau tak. pasti dan pasti kita semua akan kembali kpdNya. jadi, sebelum kembali, mestilah kita mempersiapkan diri berusaha mendapatkan hati yg sejahtera. krn dgn hati yg sejahtera inilah akan membahagiakan kita di dunia dan di akhirat. dgn hati sejahtera ini juga kita mendapat redha Allah. mendapat ketenangan abadi. dan bermacam kebaikan lagi.

Bagi mendapatkan semua ini. segala yg aktiviti yg kita lakukan adalah niat kerana Allah dgn ertikata lain menuju Allah. Allah ialah tujuan kita dan Nabi saw ialah jalan kita. maka menyusuri jalan menuju Allah ialah taat semua perintah Allah dan tinggalkan semua laranganNya dgn cara yg diajar dan ditunjukan oleh
Nabi saw. itu lah sebenarnya tujuan kita diutuskan ke dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...