Monday, 4 May 2015

Aiskrim jeruk mangga

otong atau hiris mangga ikut suka hati. Kalu yg masih belum bersabut lagi senang dan opkos lagi best bila mkn nanti. Nak kupas kulit atau tak itu terpulang. Aku lebih suka ada kulit. Lebih rangup.

Dah siap bilas bersih kemudian rendam dgn air dan tabur garam kasar. Buh garam sampai air tu jd masin ok. Kemudian tutup la besen. Rendam selama 2 hari.

2 hari kemudian toskan dan rendam mangga tu dgn air bersih selama 10 minit. Kemudian bilas sekejap dan toskan.

Aku buat 2 versi jeruk mangga, 1 yg pedas dan satu lg yg manis.

Utk jeruk mangga pedas, masukkan air ke dlm periuk ikut suka hati banyak mana tp sesuai dgn kuantiti mangga yg hendak dijerukkan. Kemudian buh gula 5-6 sudu dan jg cili boh. Nk pedas boh lebih. Aku buh 3 sudu je kut. Gula tu pon ikut kuantiti ye. Manis skit xpe. Tunggu hingga mendidih.

* kuantiti sukatan ni ikut keseuaian jumlah mangga ye. Kalu lagi banyak mangga lagi banyak kuantiti gula dan air. Pandai2 la ye. Boleh jg gantikan gula dgn gula melaka atau org ganu panggil nisan (bukan batu nisan ok). Pndai2 la ejas rasa tu ye ikut lidah masing2 :)

Kemudian sejukkan, dah sejuk tuang dalam mangga yg telah ditoskan. Kacau2 dan rasa. Kalau agak2 x manis tambah je gula dan kacau. Simpan dlm peti utk 4-5 jam. Aku tggu 1 hari utk bagi air garam dr mangga tu turun supaya nt sebati.  Selepas sehari tu rasa dlu cukup x manis, masin pedas semua. Kalu x cukup manis tmbah gula. Kena ingt mesti mau manis kalu x nanti bila jd aiskrim x best.

Utk jeruk manis ; letakkkan mangga yg ditoskan ke dalam bekas. Tabur gula sampai tutup mangga. Letak mangga, tabur gula. Ulang je sampai mangga habis. Buat selapis selapis spya semua mangga dpt gula tu. Gaul skit kasi coated semua. Tambah air masak. Gula banyak xpe. 

Sama jg kekdahnya tggu 1 hari kasi air garam turun dan gula mencair.

Selepas satu hari rasa la sedap ke x. Kemudian tuang ke dlm plastik aiskrim guna la copong ke apa nama tu. Ikat ketat2. Buh dlm freezer tggu la esok baru blh mkn bila dh keras.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...