Thursday, 22 January 2015

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN :

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :

Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

ㅤ  ㅤ  ❤ㅤ  ❤    ❤
ㅤ♥    Subhanallah  ♥
♥    Alhamdulillah    ♥
♥     Lailahaillallah   ♥
ㅤ♥    Allahuakbar   ♥
ㅤ ㅤ  ❤ ㅤ  ❤     ❤
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut

Saturday, 17 January 2015

Karkuzari banjir 2014

Catatan yg didengari oleh Ust Sakaratulmaut

karkuzari ajiib jemaah markaz n.9 yg keluar di kwsn banjir sempadan Pahang dan Kelantan. (semoga Allah merahmati kampung tersebut.)

Markaz Masjid Sri Petaling dipenuhi jemaah lg, yg baru balik drpd khuruj pd musim cuti sekolah. karkuzari ini ana dgr sendiri drpd jemaah mereka, Ust Mohamad seorang ulamak, juru nikah dan imam masjid di tembangau, bapa kpd ust Azwan Ibnu Mohamad. jemaah 10 orang dari lui timur dan 3 orang dari tembangau dan salah seorangnya adik ipar ana. mereka dihantar di kawasan sempadan dua negeri tersebut selama 40hr. nama kwsn itu tidak disebutkan krn mungkin mereka telah insaf dan semoga Allah terima taubat mereka. di kampung ini penerimaan mereka terhadap kehadiran jemaah agak gersang. apabila jemaah tiba di sebuah masjid. orang2 kampung telah mendesak supaya jemaah keluar dari masjid itu selepas solat zohor. selepas solat zohor air yg tadinya di sungai sj terus melimpah dan terus banjir hingga air naik ke paras pinggang. jemaah yg belum sempat makan tengahari terus sj berkemas semana yg sempat utk berpindah ke lokasi tinggi sedikit di sebuah sekolah. set2 taam yg terletak di berbagai tempat yg belum disusun tidak sempat diselamatkan. di sekolah juga air turut naik ke paras pinggang dan kelihatan bumbung masjid telah ditenggelami air dan hanya kelihatan bulan bintangnya sj, batang besinya pun di temggelami air. jemaah serta orang kampung semuanya menyelamatkan diri di atas gunung. di atas gunung itu jemaah telah buat musollah di perkarangan berandar tuan rumah. apabila azan dikumandangkan dan solat didirikan, hanya 3 orang sj orang kampung yg solat jemaah, Hj. Nordin tuan rumah dan 2 orang pelajar pondok. yg lain walaupun hanya 4 langkah dari saf namun mereka tidak pun menyertai jemaah, mungkin mereka ada uzur yg tersendiri. apabila jemaah jumpa orang2 kampung yg sama2 diatas gunung itu, mereka tidak hiraukan kata2 jemaah dan sibuk resah gelisah memikirkan rumah2 mereka yg telah tenggelam terus, bumbung pun tidak kelihatan. mungkin mereka bukan tidak hiraukan jemaah, tetapi mungkin terlalu memikirkan hal keadaan rumah mereka sehinggakan tidak menyedari kata2 jemaah. di atas gunung tiada bekalan elektrik kerana tiang2 elektrik pun tidak kelihatan, yg hanya kelihatan bulan bintang masjid sj. setelah 3 hari bergelap di atas gunung, orang kampung memberitahu jika banjir sebegini, 3 hari baru air surut. jemaah telah zehen dan targib mereka berkenaan banjir dizaman Nuh a.s, bumi dibuka utk telan air. mendengar bayan dr jemaah itu mereka pun ingin melihat kebesaran Allah itu. pada keesokan harinya, sebelum subuh mereka lihat paras air surut hanya 1 hasta drpd bumbung masjid. setelah solat subuh dan suasana terang, agak memeranjatkan mereka apabila telah terlihat seketul masjid dan air telah surut 100% hingga kelihatan lumpur2 di atas tanah. jemaah pun masuk ke dalam masjid yg tidak dibenarkan masuk itu utk melihat jika ada lg barang2 yg mereka tinggalkan. Maha Hebat Allah s.w.t set2 taam mereka yg mulanya berada di berbagai tempat telah berkumpul di satu tempat tanpa ada hilang 1 pun. barang2 ust itu spt kayu sugi, minyak zaitun, madu, habbatus sauda dll di dalam sebuah plastik, masih ada di situ dan tidak dihanyutkan air. malah kayu suginya bertambah segar spt baru beli kerana terendam lama di dalam air. ust pun menunjukkan kpd ana kayu suginya itu. sudah beberapa hari ust telah terhenti drpd istiqamah menggunakan barang2 dan makanan2 sunnahnya akibat banjir. pakaian2 putih ust yg tak sempat diselamatkan kekal putih di dalam plastik tanpa disentuh walaupun sedikit lumpur. orang2 kampung sungguh takjub dgn kebesaran Allah ini. mereka dan jemaah telah bersama-sama membersihkan masjid tersebut serta berazam utk membuat usaha memakmurkan masjid sepertimana masjid jiran mereka tidak dilanda banjir yg makmur dgn 5 amal masjid, dan sebelum ini jemaah telah menghimpunkan kira-kira 200 rakan seusaha utk mesyuarat bulanan kali pertama mereka yg dikendalikan oleh syura markaz. walaupun balai polis di sebelahnya dinaiki air namun di masjid, tangga masjid pun tidak tenggelam. apabila jemaah hendak tangguh ke sp, jemaah telah pergi ke balai polis dan bertanya jalan yg selamat utk sampai ke k.l. anggota polis memberitahu semua jalan dari situ ke k.l tidak boleh dilalui akibat banjir dan tanah runtuh. kenderaan 4X4 pun tak lepas. jemaah pun bermesyuarat apa yg harus dibuat. setelah diceritakan nusrah2 Allah kpd hamba2nya yg terdahulu spt dibuka jalan 12 lorong kpd kaum nabi musa a.s.. jemaah pun telah bersemangat meredah laluan. ust yg hanya berkereta perodua kancil versi lama serta jemaahnya pun terus melalui jln merapuh, kuala lipis, hingga di raub dgn selamat, air banjir pun telah surut hanya kelihatan bekas2 air sj. di raub jemaah transit di madrasah ust zawawi, ketika di situ ada orang telefon jemaah ingin mengetahui keadaan jemaah mereka. dan ingin melalui jalan yg sama jika selamat. jemaah beritahu mereka selamat dan jalan pun boleh dilalui. tidak lama kemudian telefon jemaah berdering lg, orang yg sama menelefon kembali kerana ingin memastikan jalan yg dilalui jemaah. setelah dipastikan, orang itu beritahu jalan2 yg jemaah lalui itu semuanya banjir dan ditenggelami air. orang itu berkata dia sedang berada jalan2 tersebut yg masih ditenggelami air. sesungguhnya Allah telah buka jalan utk jemaah. Allahu Akhbar! jemaah telah meneruskan perjalanan hingga selamat tiba di Markaz Masjid Sri Petaling.. Alhamdulillah.

Sunday, 11 January 2015

Hari pendaftaran Abdurrahman hakim

BAYAN SUBUH MAULNA EHSAN,IJTIMAK TONGGI Jumaat 9jan 2015

BAYAN SUBUH MAULNA EHSAN,IJTIMAK TONGGI  Jumaat 9jan 2015
(Untuk tatapan amla amla kami yg Allah belum pilih hadir dlm Ijtimak Tonggi)

Setiap pencipta akan bagi  tahu maksud penciptaannya kerana hanya dia yg tahu nilai benda yang dia ciptakan.
Allah ciptakan Alam dan akhir sekali Allah ciptakan manusia dan Allah bg tahu alam ini tiada nilai dan manusia itu bernilai.
Ini kerana Alam di ciptakan dan akhirnya di hancurkan tetapi  manusia Allah ciptakan utk selamanya.
Allah ciptakan manusia utk beribadat pd Allah.
Ibadat terbahagi pd 4: solat, puasa, zakat & haji.
Haji - di buat sekali seumur hidup utk yg mampu
Puasa- 1 bulan shj bulan lain boleh puasa sunat
Zakat- fardhu tidak kepada semua
Solat- fardhu 5 kali sehari. Asal ibadat adalah solat. Solat adalah hadiah utk menarik bantuan Allah, iyya kanaq budu wa iyya kanastaiin.
Hanya skdr solat tak cukup. Tetapi  kena jadikan solat nabi sbg panduan solat kita. Baru bantuan Allah dtg.
Semua ambia selesai masalah dengan solat.
Kita bedoa pd Allah swt adalah utk memujuk rayu pd Allah swt. Tp hari ni kita doa pd Allah mcm org pegi restoran mintak order. Kita doa pd Allah mcm minta order pd Allah. Jadi  kita kena doa pd Allah dgn pujuk rayu pd Allah. Inilah cara berdoa yg sebenar
Sulaiman as kerana terlupa solat, menangis dan doa pd Allah swt Allah suka dan Allah gantikan dengan Kerajaan. Kalau kita usaha utk sempurnakan solat maka Allah lebih suka dari  terluput solat. Allah boleh bg lebih dari  kerajaan Sulaiman  as.

Cara utk tingkatkn iman
1- percakapan betul yg meningkatkn iman.
Umat Nabi Musa tanya Musa siapa yg paling berilmu. Musa tak jawab Allah tapi dia jawab Ana ( mmg betul nabi setiap umat adalah lebih berilmu) tp Allah tak suka  dgn jwban Musa dgn Ana jd Allah perintahkan usa tinggalkn umat dia. Lalu nabi Musa jumpa nabi Khidir. Lalu nabi Khidir ajak Musa tumpang perahu seornag seberang sungai  setelah sampai Khidir pecahkan perahu, nabi Musa tanya kenapa kamu buat mcm ini, nabi Khidir kata klu mahu tak tahu jgn kamu bertanya. Jd mereka jln lagi, jumpa seorang kanak2 lalu nabi khidir bunuh budak itu , nabi musa marah dan bertanya kenapa kamu buat mcm ini, lalu nabi Khidir berkata klu kamu tak tahu jgnlah kamu bertanya. lalu mereka lalu sehingga sebuah kanpung, org kampung tak bg mkn tp nabi Khidir bantu betulkan rumah mereka lalu nabi musa tanya kenapa kamu buat macam ni
2- melihat dgn pandangan keimanan.
Kita selalu lihat menteri boleh bg sesuatu dan menteri lain tak boleh bg sesuatu. Jd kita kena lihat amalan agama/sunnah boleh bg sesuatu dan amalan lain tak boleh bg sesuatu. Cthnya kita lihat amalan wuduk boleh bg sesuatu. Seorg yg bewuduk dan berdoa ( doa slps wuduk) Allah akan buka kelapan2 pintu syurga buatnya.

Semua syurga org islam dikumpulkan dibandingkan syurga sorang sahabat takkan dpt banding.
Semua sorga sahabat di kumpulkan nak bandingkn dgn syurga Rasulullah tak dpt di bandingkan.
Semua syurga org islam, sahabat dan Rasulullah nak bandingkan dgn Kehebatan Allah swt jauh lg tak dpt dibandingkan.
Jd malulah kita masih bercakap tentang kehebatan dan kehebatan makhluk Allah.
Maka cakaplah hanya tntg kebesaran dn kehebatan Allah swt.

Hari ni kita belajar ilmu dunia yg mana ilmu dari  mereka yg tidak satu mlm pun tidak tinggal dlm melakukan zina tapi kita sibuk berbangga dengan ilmu mereka tp nabi saw setiap mlm tidak pernah tinggal utk doa pd umat ini tapi umat ini malu nak belajar ilmu nabi saw. Nak cakap dan bangga dgn nabi saw pun kita malu.
Hari ini umat islam terus amalkan ilmu org kafir maka tiada kejayaan pd umat ini.
Klu ilmu taurat dan injil pun kita amal pd zaman ini maka umat ini akan terus gagal dan di hancurkan Allah swt.
Klu Musa turun pd zaman ini Musa pun kena ikut nabi saw.
Klu Musa turun skrg dan amalkan kitab tauratnya yg asal pun dia takkan berjaya dan akan di hamcurkan.
Klu org yg kaki minum arak ciptakan sesuatu dan kita gunakan barangannya maka sifat peminum arak akan dtg dlm diri kita.
Klu kita guna ciptaan mereka yg kaki zina makan sifat zina itu dtg dlm diri kita.
Jadi kita kena banyak baca dan dengar ilmu fadhail.
Ilmu masail pun kita kena belajar.., maulana bg contoh..,
3- kita kena byk ingat Allah, zikir pd Allah hingga ingatan pd makhluk hilang dr ingatan kita.
Hari ini kita zikir tapi makhluk lintas kita terus ingat pd makhluk. Tawajjuh takde.
Byk ingat makhluk hingga solat pun kita ingat makhluk.
Kita kena usahakan dlm solat kita ingat Allah dan depan Makhluk pun kita ingat Allah.
Kalau kita depan Allah tp ingat makhluk maka Allah akan takutkan kita dgn makhluk.
Klu kita depan makhluk dan ingat makluk maka Allah akan buatkn makhluk hamcurkan kita.
Hari kita tahu kemampuan bom atom tp kemampuan Allah kita tak tahu.
4- ikhlas
Apabila solat kita ikhlas baru lah solat dpt bantuan dr Allah swt.
Klu kita solat dgn ikhlas baru lah kita dpt sifat solat nabi saw.
Klu kita dpt hakikat solat maka semua permohonan Allah sempurnakan.
Allah bg tahu aku ciptakan manusia sbg khalifah. Maksud khalifah ini maulana bg tahu adalah setiap sifat yg Allah nak perlu kita usahakan dlm diri kita.
Org yg gunakan harta, diri dan masa utk Allah dia lah khalifah Allah. Tp gunakan pd sebaliknya dia adalah Khalifah Syaitan.Kata molvi Hamzah kita dari Malaysia jgn kata seperti Maulana kata,Maulana Ehsan tak pe.
Org kaya pun boleh jd Khalifah Allah org miskin pun boleh jd khalifah Allah.
Klu org kaya jd khalifah Allah maka Allah akan letakkan org miskin dlm hati org kaya. Klu org miskin jd khalifah Allah maka Allah akan letakkan org kaya dlm hati org miskin.
Hari ini sebab tak jd khalifah Allah maka org kaya ambil dr org miskin dan org miskin ambil dr or kaya.
Zaman sahabat, isteri amirul mukminin dtg bantu lahirkan isteri sahabat yg miskin.
Maulana kata hari ini kerajaan semua adalah Khalifah Syaitan.Kata molvi Hamzah kita dari Malaysia jgn berkata spt Maulana kata. Maulana kata klu kerajaan islam hari ini macam kerajaan Umar maka 50 tahun pun tak perlu election. Rakyat akan syg pd khalifah. Muhabbah Allah curahkan.

Maksud ke3 yg Allah bg pd umat ini adalah.... Ayat adqu illah ....

Setiap nabi yg Allah hantar ada kerja pd nabi itu. Bila nabi sempurnakan kerjanya maka Allah turunkan hidayat dan manusia akan pada amal.
Begitulah seterunya pd setiap nabi.
Allah lantikkan nabi Muhammad sbg nabi terakhir , kitabnya kitab yg terakhir dan umatnya adalah umat yg terakhir.
Maka tanggujawab nabi terakhir telah berpindah kepada umat yg terakhir.
Nabi dahulu seruan mereka wahai umatku sembahlah Allah. Tp nabi saw hari pertama laungannya siapa yg boleh bg tempat dan ruang utk bantunya. Ini lah laungan dakwah bantu baginda dalam dakwah.
Rasullullah telah libatkan semua sahabat bersama dlm dakwah pd hari pertama lagi.
Dihari pertama sehingga belas tahun nabi tak bawa pedang tp nabi tak tinggalkan dakwah.
Hanya lepas berbelas tahun baru di hunus pedang.
Sehingga org kafir tak pening sebab pedang tp pening sbb dakwah. Sehingga org kafir minta nabi tinggalkn kerja dakwah. Klu sebab kemasyuran mereka nak bg jd raja, atau ketua mereka. Klu sbb nak jd kaya mereka nak kumpulkan harta utk baginda. Klu nak wanita yg cantik mereka boleh bg wanita tercantik. Ini lah point semua manusia gilakan hingga kini. Tp tinggalkn kerja dakwah. Jawab baginda kalau mereka boleh bg matahari sebelah kanannya dan bulan sebelah kirinya takkan
Baginda tidak tinggalkan kerja dakwah.
Lelaki dan perempuan dipertanggungjawabkan dgn kerja dakwah.
Ummu Sharif telah buat dakwah hingga org2 mekah bg amaran susahkan ummu syarif klu tak tinggalkan dakwah.
Ummu Syarif telah di halau keluar dr mekah. Ummu Syarif lebih sanggup tinggalkan keluarga dan mekah tp tak sanggup utk tinggalkan dakwah.
Setelah 3 hari ummu Syarif di ikat tgn dn kaki dan di letakkan di tgh panas. Ummu Syarif terus di susahkan tp tak sanggup tinggalkan dakwah. Slps itu Ummu Syarif jadi lemah beberapa hari. Org kafir kekenyangan dan teridur bawah pokok jg ummu syarif.
Maka bantuan ghaib dr Allah telah dtg dgn satu baldi air dgn tali baldi terus dr langit. Baldi terus ke mulut Ummu Starif. Maka Ummu syarif tahu itu bantuan Allah. Dia minum terus hilang lapar dan dahaga. Tiada lg erti dahaga dan selamanya. Air yg di minumnya jatuh ketanah dan kesannya dinketahui org kafir. Org kafir tanya pd ummu syarif mulanya diingatkan ummu syarif curi air mereka. Ummu Syarif telah cerita dan semua org kafir yg dgr ceritanya telah peluk islam.
Inilah hidayat Allah dtg dengan pengorbanan daeinya.
Asas usaha dakwah adalah simpati, kasih dan sayang pd u
mmat.
Dengan korban byk yg Allah akan bg.
Kisah korban Sarah& Ishak ( ditinggalkn dgn ada rumah dan persiapan) dan Hajar & Ismail ( tanpa rumah dan persiapan) perlu di ambil contoh oleh semua org tabligh.

Pengorbanan kecil Sarah & ishak Bantuan Allah pun kecil. Dan darinya hasil semua nabi.
Pengorbanan besar Hajar & Ismail
Bantuan Allah pun besar hingga akhir zaman. Dan dr nya hasilnya sorang nabi Muhammad saw, nabi yg paling besar.

InsyaAllah semua sedia

Ditulis oleh Maulana zamri dan di tashihkan oleh hj Othman S

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...